Malaysia Oversight

Peguam dakwa tidak dimaklum Siti Bainun dipindah ke penjara lain

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 3 minute
Peguam dakwa tidak dimaklum Siti Bainun dipindah ke penjara lain


Firma guaman yang mewakili pengasas rumah perlindungan Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai pemindahannya dari Penjara Kajang ke Penjara Sungai Udang di Melaka yang berlaku semalam.

Firma guaman The Chambers of Aminahtul Mardiah berkata mereka hanya mengetahui tentang pemindahan itu semalam, tanpa sebarang alasan diberikan.

“Kami menerima panggilan sekitar jam 9.50 pagi semalam yang memaklumkan bahawa anak guam kami telah dibawa ke pejabat pendaftaran Penjara Kajang pada Isnin lalu, di mana beliau menjalani pemeriksaan Fit to Travel dan kemudiannya dipindahkan secara mengejut ke Penjara Sungai Udang di Melaka semalam.

“Tiada sebarang permohonan pemindahan dibuat oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, peguam atau anak guam kami sendiri kerana keluarganya semua berada di Kuala Lumpur dan .

“Malah Siti Bainun sendiri masih menerima rawatan luar bagi masalah kesihatannya di Hospital Kajang,” kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

d72ea1b4432832c23c5f841b97850f36

Firma tersebut turut memaklumkan mereka telah membuat pertanyaan kepada pihak pengurusan Penjara Kajang berhubung pemindahan itu, namun hanya diberikan sepucuk surat yang menurut mereka tidak menyatakan sebarang sebab di sebalik pemindahan tersebut atau sama ada ia mengikut proses pemindahan seperti diperuntukkan di bawah Akta Penjara 1995.

Mereka menambah pemindahan banduan dari satu penjara ke penjara lain memang dibenarkan di bawah Akta dan peraturan berkaitan, lazimnya ditentukan oleh Jabatan Penjara atau dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

“Kebiasaannya, pemindahan dilakukan berdasarkan cadangan pegawai penjara jika terdapat keperluan, seperti faktor keselamatan banduan, isu keselamatan, kesesakan atau bagi mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik di tempat lain.

“Ia juga boleh dilakukan atas permintaan mahkamah bagi memudahkan banduan lebih dekat dengan mahkamah untuk kes mereka, atau pihak keluarga boleh mengemukakan permohonan bertulis bagi pemindahan, yang kemudiannya akan dinilai oleh penguasa penjara sebelum dihantar bersama laporan syor kepada Jabatan Penjara.

“Ketua Pengarah Jabatan mempunyai kuasa untuk meluluskan pemindahan dalam kes biasa, manakala menteri dalam negeri akan terlibat jika terdapat isu khas atau sensitif.”

Firma itu menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak dimaklumkan tentang sebarang permohonan atau justifikasi sebelum pemindahan Siti Bainun, termasuk pada masa ini.

Pertimbang tindakan

Peguam Siti Bainun, Asiah Abd Jalil, memberitahu Malaysiakini bahawa firma guaman itu sedang mempertimbangkan untuk membuat aduan rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Penjara dan Pengarah Penjara Wanita Kajang.

67c3433f7cf2d31e79e7a2721524c0ae

“Kami akan meminta penjelasan bertulis mengapa beliau perlu dipindahkan dan sekiranya tiada jawapan, atau alasan yang tidak munasabah diberikan, kami akan memfailkan semakan kehakiman terhadap pihak-pihak ini di mahkamah,” katanya.

Siti Bainun sedang menjalani hukuman penjara sejak 2023, sejurus selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Isralizam , mensabitkannya atas kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan dan mendera seorang remaja sindrom Down bernama Bella.

Dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara bagi kesalahan pengabaian dan 12 tahun bagi kesalahan dera, namun diperintahkan untuk menjalani hukuman itu secara serentak.

Dalam penghakimannya, Isralizam berkata Siti Bainun bukan sahaja mengabaikan Bella sehingga mengalami kecederaan serius, malah terbukti penjaga sah remaja itu turut terlibat dalam penderaan.

Hakim juga mengarahkan wanita berusia 33 tahun itu menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun, dengan seorang penjamin dan cagaran RM5,000, serta menjalani 200 jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Isralizam pada Mei tahun lalu dan 14 Ogos tahun ini.



Source link