Malaysia Oversight

Peguam bidas cubaan kaitkan Guan Eng dengan serangan saksi

By MkiniBM in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
Peguam bidas cubaan kaitkan Guan Eng dengan serangan saksi


Peguam kepada Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menuduh pihak pendakwaan cuba memberi gambaran seolah-olah ahli politik itu terlibat dalam serangan ke atas seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuahnya yang sedang berlangsung.

Firma guaman Tetuan Hajian Omar & Co mendakwa pendakwa raya utama kes tersebut, Wan Shahruddin Wan Ladin, menimbulkan bayangan sedemikian apabila dia dilaporkan berkata, sedang menunggu arahan daripada SPRM untuk meletakkan saksi itu di bawah perlindungan.

3c13d7d9914c54b38373e0a0ad3314f4

“Walaupun kami akui pihak pendakwaan berhak mempertimbangkan langkah perlindungan, sc kebimbangan keselamatan yang sah, dan bukannya berdasarkan spekulasi serta prasangka tidak adil yang cuba mengaitkan anak guam kami (Lim) dengan insiden tersebut.

“Spekulasi seperti ini, sama ada dari media atau pendakwaan, mencemarkan integriti proses kehakiman dan merosakkan reputasi anak guam kami secara tidak adil,” kata kenyataan mereka hari ini.

Semalam, dilaporkan bahawa beberapa individu telah menyerang saksi tersebut di kediamannya berhampiran Petaling Jaya.

Polis kemudiannya menyatakan serangan itu adalah kes samun, dan tidak berkaitan dengan kes Lim.

Tidak rujuk polis

Peguam Lim berkata kenyataan Wan Shahruddin membuktikan bahawa dia tidak merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan tergesa-gesa berkenaan perlindungan saksi.

Mereka turut memaklumkan akan mengemukakan aduan rasmi pada tarikh perbicaraan akan datang, iaitu pada 19 Ogos.

4f955812b4128ff9d796dde925bdf63e

Mereka juga menyeru pihak media agar memastikan laporan berkaitan insiden ini adalah berdasarkan fakta yang tepat.

Lim sedang dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah yang melibatkan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang serta projek jalan berkembar yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu, untuk mendapatkan suapan wang tunai berjumlah RM3.3 juta sebagai dorongan bagi melantik Consortium Zenith Construction Sdn Bhd untuk melaksanakan projek bernilai RM6,341,383,702.

Dalam pertuduhan kedua, Lim didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan daripada bekas pengarah syarikat tersebut, Zarul Ahmad Zulkifli, sebagai ganjaran atas bantuan mendapatkan projek berkenaan.

Lim juga menghadapi dua pertuduhan lagi atas dakwaan telah melupuskan dua lot tanah milik negeri Pulau Pinang di Bandar Tanjong Pinang, bernilai RM208 juta, kepada pemaju projek terowong berkenaan secara tidak jujur.



Source link