Malaysia Oversight

Pegawai tentera Cina pertama dilantik leftenan jeneral bersara tahun depan

By MkiniBM in July 31, 2025 – Reading time 1 minute
Pegawai tentera Cina pertama dilantik leftenan jeneral bersara tahun depan


Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC) Mejar Jeneral Johnny Lim Eng Seng, yang melakar sejarah sebagai pegawai kanan berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral, dijadualkan bersara pada Jan tahun depan.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin selepas menerima kunjungan hormat Johnny Lim di Wisma Pertahanan, hari ini.

“Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng pada bulan Jun yang lalu telah melakar sejarah sebagai pegawai berbangsa Cina pertama yang memakai pangkat Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

134d59ce4222556f676c30208fe8053a

“Bagi pihak dan Kementerian Pertahanan, saya menzahirkan penghargaan kepada beliau atas segala khidmat bakti dan jasa kepada negara dan perkhidmatan ketenteraan.

“Saya berharap beliau dapat terus memberikan sumbangan kepada tanah air dalam kapasiti tersendiri. Terima kasih Panglima dan selamat menempuh alam persaraan,” kata Khaled.

Lim, anak kelahiran Melaka, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St Francis, Melaka dari 1973 hingga 1978 sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah St Francis dari 1979 hingga 1983.

ca90621fa14c5a3ea2117601e4e1b3be

Dia menyertai latihan Pegawai Kadet sebagai Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

ATM sebelum ini berkata, kenaikan pangkat berkenaan mencerminkan komitmen terhadap prinsip meritokrasi dan keterbukaan dalam pengambilan serta pembangunan kerjaya.



Source link