Malaysia Oversight

‘Pegawai keluarkan surat mohon pertimbangan wajar ditegur, bukan dipecat’

By MkiniBM in December 2, 2025 – Reading time 1 minute
'Pegawai keluarkan surat mohon pertimbangan wajar ditegur, bukan dipecat'


PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata pegawai yang mengeluarkan surat bagi memohon pertimbangan atau perhatian wajar diberikan teguran namun tidak sehingga dikenakan tindakan pemecatan.

Bagaimanapun, beliau berkata ia menjadi satu kesalahan apabila mereka mengeluarkan surat berbentuk sokongan atau meminta kelulusan bagi pihak tertentu untuk sesuatu projek.

“Memang saya telah menyatakan bahawa saya tidak setuju bentuk surat sokongan ini, cuma kita harus bezakan… sepertimana dizahirkan baru-baru ini, kes termasuk pegawai di pejabat saya, senarai enam syarikat kemudian minta dipertimbangkan, jadi wajar diberi teguran.

0502f1d42060ef329f5d3297c3aed265

“…tetapi apakah harus dipecat?… kerana surat menyebut ‘sila pertimbangkan’, bukan syor meluluskan… kemudian dibangkitkan lagi, seorang pegawai saya di Kementerian Kewangan yang menyebut surat itu ‘dipanjangkan’.

“Ada saya pergi mana-mana daerah, pergi mana-mana negeri, orang hantar surat kepada saya, saya tulis ‘sila teliti’ tetapi yang tidak boleh adalah ‘menyokong’ atau meminta supaya syarikat itu diberikan kelulusan,” kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

– Bernama



Source link