Malaysia Oversight

Pegawai kanan disiasat atas dakwaan salah laku, direhatkan serta-merta

By MkiniBM in November 9, 2025 – Reading time 1 minute
Pegawai kanan disiasat atas dakwaan salah laku, direhatkan serta-merta


Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku melibatkan pegawai awam.

– Bernama



Source link