KUALA LUMPUR: Pegawai atau anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam budaya tidak bermoral seperti ‘yeye’ dan hiburan melampaui batas akan disingkir daripada perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, budaya itu bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, bahkan meruntuhkan moral pasukan beruniform itu. Malah katanya, sekiranya perkara itu masih berlaku, mereka yang terbabit akan disingkirkan daripada perkhidmatan tanpa kompromi. “Kementerian Pertahanan dan ATM sememangnya sudah lama…






