Malaysia Oversight

‘Payung besar’ Melayu demi kestabilan, bukan perpecahan

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
'Payung besar' Melayu demi kestabilan, bukan perpecahan


Parti India Rakyat Malaysia (MIPP) menyambut baik penubuhan jawatankuasa sekretariat orang Melayu, dan menyifatkannya sebagai asas kepada kestabilan, bukannya perpecahan.

Dalam kenyataan hari ini, presidennya, P Punithan berkata walaupun ia telah mencetuskan reaksi pelbagai pihak, orang ramai tidak perlu risau dengan penubuhannya.

“Kami mengemukakan soalan yang jujur: Mengapa takut perpaduan?

“Perpaduan bukan ancaman tetapi asas kestabilan politik. Untuk Malaysia makmur, kestabilan dalam tadbir urus mesti kekal diutamakan.

“Apabila seorang negarawan kanan seperti Dr Mahathir Mohamad menyeru kepada perpaduan dalam masyarakatnya, dia menunaikan tanggungjawab—bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada seluruh negara,” katanya sambil menambah perpaduan Melayu dari segi politik dapat membawa kepada kepimpinan negara yang stabil.

Jawatankuasa sekretariat orang Melayu diumumkan pada Rabu lalu oleh Mahathir, yang berkata ia untuk menghimpunkan orang Melayu di bawah satu ‘payung besar’.

6d056cc780c5191be9153fbf8f055fce
Dr Mahathir Mohamad

Mahathir berkata ia juga bertujuan membolehkan orang Melayu kembali menguasai dan akan menjadi platform bagi penyelesaian masalah orang Melayu.

Turut serta dalam sidang media pengumuman itu adalah Pengerusi PN Yassin; Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas lanjut, Punithan berkata bahawa inisiatif Mahathir bukanlah penolakan terhadap kepelbagaian, sebaliknya ia berpijak kepada realiti.

“Kestabilan politik tidak boleh timbul daripada tawar-menawar yang berterusan atau pakatan yang beralih didorong semata-mata oleh perebutan kuasa. Ia mesti muncul daripada mandat yang jelas, kepimpinan yang dipercayai, dan perwakilan yang koheren bagi setiap komuniti dalam gabungan yang seimbang.

“Kekuatannya yang kekal terletak pada jalinan perpaduannya yang unik, dengan orang Melayu membentuk majoriti. Bagi mana-mana negara berbilang kaum untuk mencapai keamanan dan kemakmuran, perpaduan dalam komuniti majoritinya adalah penting,” katanya lagi.



Source link