Bekas Adun Tronoh, Paul Yong, akan mula menjalani hukuman penjaranya hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir dalam kes rogol yang menyabitkannya bersalah kerana merogol pembantu rumah pada 2019.
Panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas sebulat suara mendapati pembelaan dan rayuan Yong tidak berasas.
Panel berkenaan, dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya atas kesalahan rogol, turut mendapati hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan adalah wajar dan mengekalkannya.
[Berita penuh menyusul]






