Malaysia Oversight

‘Pasukan mantap dibentuk, kami dah bersedia lawan JDT esok’

By MkiniBM in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
‘Pasukan mantap dibentuk, kami dah bersedia lawan JDT esok’


Ketua jurulatih FC Katsuhito Kinoshi optimis pemain import baharu mampu memainkan peranan penting dalam pertembungan  Piala Sumbangsih menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam esok.

Meskipun sedar rekod kebal Harimau Selatan di gelanggang sendiri, pengendali dari Jepun itu percaya skuad Red Giants yang kini dibarisi muka baharu mampu tampil tenang dan memperagakan corak permainan terbaik mereka.

Katanya walaupun sebahagian pemain baharu masih belum beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M), pengalaman luas yang dimiliki mampu membantu mereka menyesuaikan diri dengan segera menjelang aksi sulung musim baharu itu.

“Kami menghormati JDT yang sudah lama mendominasi bola sepak tempatan serta memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa, namun kami percaya pada kekuatan pasukan kami.

“Saya harap kehadiran pemain baharu ini mampu memberi impak dalam perlawanan esok. Walaupun mereka belum berpengalaman di Liga Malaysia, mereka ialah pemain yang berpengalaman secara keseluruhan.

“Kami juga sudah bersama-sama selama enam hingga tujuh minggu dalam persiapan pramusim, jadi saya percaya kami sudah membentuk sebuah pasukan yang mantap dan bersedia untuk perlawanan esok,” katanya pada sidang media praperlawanan, di Iskandar Puteri hari ini.

48187fb5e4d909fce600be36e8cdde94

Antara pemain baharu yang memperkuatkan musim ini ialah Zach Clough, Moses Raj, Willian Lira, Omid Musawi, Chrigor Moraes dan Picha Autra.

Dalam masa sama, Kinoshi turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu tertekan menjelang aksi tumpuan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu.

“Fokus dan nikmati permainan. Tapi ‘nikmati’ bukan bermakna ambil mudah. Maksud saya, berikan segalanya, kekal kuat dari segi mental dan tunjukkan kualiti bola sepak kita.

“Itulah yang kami maksudkan dengan ‘menikmati’. Kami mahu main mengikut cara kami di stadium yang indah ini menentang pasukan yang kuat,” katanya.

– Bernama



Source link