Malaysia Oversight

Pastikan cip MyKad berfungsi, kata Saifuddin

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
Pastikan cip MyKad berfungsi, kata Saifuddin


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengingatkan orang ramai supaya segera memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik.

Katanya, pelaksanaan subsidi itu memerlukan pengesahan identiti menggunakan MyKad pengesahan identiti semasa mengisi minyak.

d3ebc0b9614f5727118b163e36b8030a
Saifuddin Nasution Ismail

“Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok.

“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. “Insya-Allah, pembaikan siap pada hari sama. Mudah dan cepat.

“Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Saifuddin Nasution berkata inisiatif itu jelas membuktikan komitmen Perdana Menteri, Ibrahim untuk menunaikan janji yang pernah disuarakan kepada rakyat.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri akan menunaikan janji kepada rakyat Malaysia. Insya-Allah, harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter hujung bulan ini.

“Walaupun ambil masa sedikit, Alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab insya-Allah, beliau seorang yang berpegang pada kata-kata. A man of his words. Setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

85fd275b087f2d1d3cb045a232866fbb

Saifuddin Nasution menegaskan Madani komited terus membantu rakyat, menjaga kebajikan semua golongan serta memakmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Sebelum ini, mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini, sekali gus menunaikan janji untuk meringankan beban rakyat.

Katanya, langkah itu selari dengan komitmen dalam memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih rendah, berbanding harga sebenar di pasaran.



Source link