Pasport Malaysia Kekal Di Tangga Ke-12 Paling Berkuasa Dunia – Singapura Masih Teratas
Effi Saharudin
Indeks pasport paling berkuasa dunia oleh Henley & Partners telah diterbitkan hari ini degan pasport Malaysia kekal di tangga ke-12 seperti tahun 2024. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan pergi ke 180 negara tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

Ini adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak 2014 di mana pasport negara berada di tangga ke-8. Pasport paling berkuasa di dunia masih kekal di tangan Singapura yang membenarkan perjalanan ke 192 destinasi tanpa memerlukan visa. Di rantau Asia Tenggara Malaysia tangga kedua manakala di peringkat Asia pula kita di tangga ke empat di belakang Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Perkembangan menarik tahun ini ialah Amerika Syarikat jatuh ke tangga ke-12 berbanding tangga ke-7 tahun lalu. Ia kali pertama Amerika Syarikat terkeluar daripada senarai 10 pasport paling berkuasa dunia sejak carta dikeluarkan pada tahun 2006. Hanya 11 tahun yang lalu, pasport Amerika Syarikat ialah yang paling berkuasa di dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






