Malaysia Oversight

PAS yang mudah, tapi bukan murah

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 5 minute
PAS yang mudah, tapi bukan murah


PULASAN | Entah mengapa, muktamar kali ini terasa lebih lama. Ketika kita berasakan hari itu adalah hari terakhir, rupa-rupanya ia adalah hari Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar, misalnya.

Pun begitu, ada banyak yang boleh diperkatakan tentang muktamar terkini PAS. Tetapi andai terpaksa untuk merangkumkan perihal muktamar tersebut dalam satu perkataan, jawapannya ialah: mudah.

Semuanya nampak mudah buat parti yang memiliki sejarah panjang itu.

Ketika semua parti sedang berkira-kira mengatur strategi melangkah memasuki tahun PRU, PAS dengan bergaya terus menunjukkan keyakinan mereka bahawa itu mampu dikuasai dengan mudah.

Tunggu – janji itu akan sampai.

1a06de75996741d97edb0f4f706c728a

Ditanya siapa calon perdana menteri, PAS tidak goyah sama sekali. Bukan seorang, bukan dua orang, bukan 10 orang, tapi dua tiga lori PAS dok ada! Bukankah itu menunjukkan bagaimana PAS mencatur langkah politiknya dengan sangat mudah.

Ia juga menggambarkan bagaimana Malaysia ini akan mudah diangkat martabatnya, darjatnya, maruahnya dan imejnya jika PAS menjadi ?

Ketika orang ramai tertanya-tanya siapa watak utama yang mahu dikedepankan oleh PAS sebagai calon perdana menteri, sebenarnya sudah ada dua tiga nama yang terbayang dalam fikiran masing-masing. Ia bukanlah terlalu susah untuk diteka.

Calon mesti kuat, sihat

Orang ramai hanya perlu menanti nama-nama itu keluar dari mulut mana-mana pemimpin PAS. Biasanya presidenlah, atau mursyidul am mereka. Kalau tidak pun, ada timbalan presiden atau naib presiden yang boleh diharap bersuara, atau sekurang-kurangnya memberikan bayangan (hint).

Tapi PAS begitu mudah. PAS tidak menamakan sesiapa, malah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa orang di luar PAS pun tak apa. Cuma antara syarat yang diletakkan ialah orang itu “mesti dekat dengan ahli PAS”. 

0ef857c8c4b7b25a5b357972fab30546
Takiyuddin Hassan

Itu adalah syarat signifikan kedua diletakkan PAS untuk dinilai oleh orang ramai – termasuk rakan mereka dalam PN jugalah.

Syarat pertama yang pasti menjadi rujukan tertinggi PAS tentulah apa yang keluar dari mulut Abdul Hadi. Pertama, kata presiden itu, calon berkenaan mestilah sihat. Kedua, berusia kurang daripada 70 tahun.

Hal itu kerana Abdul Hadi – dan PAS secara keseluruhan – mahukan seorang watak yang kuat sebagai calon.

Adakah itu susah? Tentulah tidak. Sudah ada dua tiga lori, kan?

Kalau masih sangsi, usahalah sedikit dan cari maklumat di dalam alam maya dan perhatikan seorang demi seorang tokoh utama dalam PAS – dan PN – siapakah antara mereka memiliki ciri-ciri yang disebutkan oleh Abdul Hadi serta Takiyuddin.

Satu lagi aspek yang menarik dalam muktamar kali ini ialah bagaimana nama-nama besar tercicir daripada pilihan perwakilan untuk diangkat sebagai anggota badan penting dalam parti, iaitu jawatankuasa pusat mereka.

Ada ramai juga nama besar dalam PAS yang gagal menambat hati perwakilan sehingga undi yang diterima tidak mencukupi untuk meletakkan mereka dalam kelompok 18 terbaik. Misalnya Dr Ahmad Yunus Hairi (bekas Pesuruhjaya PAS ), Mohd Shukri Ramli (Menteri Besar Perlis), Nasrudin Hassan (bekas ketua pemuda dan ketua penerangan), dan Razman Zakaria (bekas Pesuruhjaya PAS Perak dan bendahari agung).

Mereka ‘direhatkan’ untuk memberi tempat kepada tokoh yang tidak kalah hebatnya seperti Shahidan Kassim dan Haim Hilman Abdullah.

99a4aa338705493530429579419fd75f
Shahidan Kassim

Kedua-dua mereka adalah orang baru dalam PAS selepas menyertai parti berkenaan menjelang PRU ke-15. Siapa yang tidak kenal mereka. Shahidan adalah watak penting dalam manakala Hail Hilman pernah tular dengan ucapan bersemangat dan bernasnya semasa masih berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dulu.

Jalan tengah yang mudah

Ia bukanlah janggal kerana sebelum ini PAS juga pernah mengangkat ‘orang baru’ ke kedudukan lebih tinggi daripada sekadar jawatankuasa pusat. Hasan Ali, misalnya, diberi kepercayaan dan laluan pantas menjadi naib presiden terus.

Bagi mengimbangi pemilihan perwakilan, PAS melantik beberapa nama yang kalah untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pusat. Justeru di situ kita melihat nama hebat seperti Razman, Yunus, selain Wan Rohimi Wan Daud (peguam kanan) serta Mohd Yusni Mat Piah ( Penaga). 

Mudahnya PAS dalam pentadbiran juga boleh terpancar daripada pandangan timbalan presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man, semasa mengulas isu Kampung Sungai Baru.

969b16c4fa7dabe6f6aee62eec6cb6e5
Kampung Sungai Baru

Sebelum ini beliau secara terbuka meminta menteri Wilayah Persekutuan terdahulu memberikan penjelasan berhubung isu yang menimbulkan kemelut tersebut. Adakah Tuan Ibrahim cemerkap semasa berkata demikian.

Sudah tentu tidak. Beliau memiliki wibawa yang besar. Justeru dia mesti sedar menteri terdahulu itu ialah orang penting dalam PAS sendiri – Shahidan serta Annuar Musa Kedua-duanya merupakan anggota Jawatankuasa PAS Pusat.

Seorang lagi ialah Rina Harun yang juga orang kuat Bersatu.

Ketika isu Kampung Sungai Baru semakin panas, Tuan Ibrahim segera memberi jalan tengah yang damai. Kata Tuan Ibrahim, sekarang boleh membetulkan apa yang dirasakan salah.

Bekas menteri itu berkata, ia adalah isu lama yang perlu dilihat semula.

sebelum ini, kalaupun dia luluskan, kerajaan yang sekarang ada kuasa batal…kalau kita tak setuju dengan perkara sebelum ini, kita boleh perbetulkan,” katanya. 

Tidak adakah sesiapa yang terfikir akan penyelesaian mudah dicadangkan oleh beliau itu?

Tidak boleh diperbudak

Bagi menangani isu kekurangan bekalan beras dan minyak masak, ulama parti itu mencadangkan agar industri tersebut dimiliknegarakan. Kedengaran idea itu seperti ideologi sosialis atau komunis, tetapi takkanlah ulama PAS cenderung kepada fahaman tersebut.  

Sudah tentu mereka berkata-kata dengan dalil, kan?

Bercakap tentang dalil, jangan lupa bagaimana PAS terbuka menerima pandangan dan nasihat daripada sesiapa saja yang tidak ekstrem, termasuk salah satu sayap parti itu sendiri.

Lihat bagaimana damai, teduh dan sejuknya dewan apabila Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, N Balasubramaniam membacakan petikan ayat al-Quran dengan lancar semasa menyampaikan ucapan utama persidangan mereka.

db2e949b47011ec760da0263f9103108
N Balasubramaniam

Beliau memilih ayat keempat surah as-Saff yang membawa mesej begitu mendalam. Sejuk benar rasa hati mendengar tazkirah beliau.

Namun semua itu bukanlah bermakna PAS lemah. PAS ada harga diri dan tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa pun. PAS tidak boleh ditarik-tarik hidungnya dan ia kelihatan sehari dua ini apabila PAS menempelak rakan mereka sendiri.

Semoga PAS terus maju dan berkembang dengan kemudahan mereka itu demi Melayu dan . Mudah-mudahan tempias mudahnya praktik parti itu akan terkena kepada kita semua. 


AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang percaya semua calon pilihan raya berhak mengemukakan manifestonya hanya selepas menang.

Tulisan ini tidak mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link