Malaysia Oversight

PAS umum pelantikan 11 pemimpin sertai AJK pusat

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
PAS umum pelantikan 11 pemimpin sertai AJK pusat


Beberapa pemimpin kanan yang gagal mendapat tempat dalam kalangan 18 penerima undi tertinggi bagi jawatankuasa pusat parti itu dilantik menyertai badan berkenaan petang ini.

Presiden Abdul Hadi Awang dalam kenyataan sejurus selepas berakhir muktamar parti berkata, 11 orang dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut.

Antara nama yang menarik perhatian ialah bekas Setiausaha Agung , Annuar Musa. Mendahului senarai yang dikeluarkan petang ini ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Selain Annuar dan Mohd Shukri, sembilan lagi pemimpin yang dilantik ialah:

* Wan Rohimi Wan Daud
* Dr Rosni Adam
* Mohd Misbahul Munir Masduki
* Dr Najihatussalehah Ahmad
* Bakri Jamaluddin
* Mohd Yusni Mat Piah
* Dr Ahmad Yunus Hairi
* Dr Mohd Mazri Yahya
* Razman Zakaria

Sementara itu turut menamakan pesuruhjaya bagi setiap negeri untuk mengetuai parti itu di peringkat negeri. Ia menyaksikan Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria, digantikan dengan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Senarai pesuruhjaya PAS bagi negeri ialah:

Perlis: Ahmad Ali
Kedah: Ahmad Yahaya
: Ahmad Yakob
Terengganu: Husain Awang
Pulau Pinang: Muhammad Fauzi Yusoff
Perak: Idris Ahmad
Pahang: Rosli Abdul Jabar
: Ab Halim Tamuri
Wilayah Persekutuan: Azhar Yahya
N Sembilan: Mohd Fairuz Mohd Isa
Melaka: Zulkifli Ismail
Johor: Mahfodz Mohamed
Sabah: Aliakbar Gulasan
Sarawak: Mohammad Arifiriazul Paijo

Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, pula kekal sebagai setiausaha agung, manakala Iskandar Abdul Samad dipilih sebagai bendahari sekali lagi.

Turut dikekalkan ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (ketua penerangan) dan Muhammad Md Nor (ketua pengarah pilihan raya).



Source link