Malaysia Oversight

PAS sokong resolusi konvensyen PSB anjuran Umno

By MkiniBM in October 3, 2025 – Reading time 2 minute
PAS sokong resolusi konvensyen PSB anjuran Umno


menyuarakan sokongan terhadap resolusi dan usul konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (PSB) anjuran hari ini.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata, usul serta penegasan yang dikemukakan semasa konvensyen itu – termasuk penubuhan agensi khusus untuk mengawal selia pembangunan semula bandar – diyakini boleh meminimumkan konflik yang mungkin berlaku, pada masa sama menjamin kepentingan dan hak pemilik.

mengalu-alukan dan menyokong resolusi serta usul Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar anjuran hari ini dengan tujuan utama melindungi hak dan kepentingan pemilik tanpa kompromi.

percaya konvensyen ini tepat pada masanya susulan kebimbangan dan bantahan meluas rakyat berikutan cadangan untuk memperkenalkan RUU PSB yang didapati gagal menjawab isu-isu penting yang disuarakan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, akan meminta supaya Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) 2025 yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu depan, dirujuk ke jawatankuasa khas Parlimen.

f096ee5fbf8636ef2406b0a22bbe4ef5

Ketua Pasukan Khas Umno untuk penambahbaikan RUU PSB, Johari Abdul Ghani berkata ini bagi membolehkan RUU berkenaan ditambah baik. 

Ia juga, katanya, bagi membolehkan cadangan akta lebih komprehensif dan mengambil kira pandangan serta kritikan masyarakat pelbagai lapisan.

Konvensyen hari ini – yang turut dihadiri Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita, Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Nurul Amal Mohd Fauzi – membuka peluang kepada masyarakat untuk memberi pandangan berkenaan RUU tersebut.

Konvensyen turut merumuskan tiga resolusi utama termasuk tuntutan agar RUU PSB tidak dibentangkan dalam bentuk sedia ada. 

Sebanyak 14 cadangan juga dikemukakan sebagai langkah memperbaiki kelompongan undang-undang tersebut.

Antara cadangan utama ialah menetapkan ambang persetujuan 90 hingga 95 peratus sebelum pembangunan semula boleh dilaksanakan.

RUU PSB yang dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama pada 21 Ogos lalu berdepan tentangan, khususnya dalam kalangan pembangkang antaranya kerana didakwa boleh meminggirkan orang Melayu.

Justeru, bacaan kali kedua – yang dijangka dibuat pada sidang Dewan Rakyat lalu – telah ditangguhkan dan mengumumkan beberapa pindaan akan dibuat terhadap RUU tersebut.

Pada 18 Sept lalu, Menteri Perumahan dan Tempatan, Nga Kor Ming memberitahu pihaknya menjangkakan RUU tersebut akan dibentangkan pada 6 Oktober ini.



Source link