Malaysia Oversight

PAS sedia ganti Muhyiddin pimpin PN: Calon-calonnya…

By MkiniBM in December 31, 2025 – Reading time 4 minute
PAS sedia ganti Muhyiddin pimpin PN: Calon-calonnya...


ANALISIS | Susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN), spekulasi kini memuncak bahawa bersedia mengambil alih kepimpinan gabungan tersebut.

Setakat ini, parti itu berdiam diri mengenai siapa dalam kalangan pemimpinnya yang akan menggantikan , yang menerajui PN sejak gabungan itu ditubuhkan pada 2020.

Kebiasaannya, individu yang memimpin gabungan turut menjadi calon perdana menteri PN bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Namun, perkara itu bukanlah satu peraturan mutlak.

Malaysiakini meneliti beberapa calon utama dan sebab-sebab mereka dilihat layak.

2ae6667e1a3ecdbedd855ce8b34284dc

Semalam, seorang pemimpin Bersatu yang tidak dinamakan, sambil menafikan khabar angin bahawa gabungan pembangkang berada di ambang perpecahan, memberitahu Malaysiakini bahawa PAS berkemungkinan besar akan menerajui PN.

Melihat kepada barisan kepimpinan , Presidennya Abdul Hadi Awang mungkin tampak sebagai pilihan paling jelas.

Namun, dia kini berusia 78 tahun dan pernah menjalani satu prosedur perubatan melibatkan jantungnya pada Jun lalu.

Isu kesihatan Hadi bukanlah perkara baru. Pada Februari tahun lalu, pembantunya memaklumkan bahawa ketiadaan ahli parlimen Marang itu daripada istiadat pembukaan Dewan Rakyat adalah disebabkan pemulihannya daripada masalah kesihatan serta rawatan susulan.

2664e6341c62c3b10f1732eaa14f0280

Pada masa sama, Mursyidul Am Hashim Jasin dipetik FMT sebagai berkata doktor menasihatkan Hadi supaya tidak melakukan perjalanan susulan masalah jantung dan beberapa penyakit lain.

Hadi juga telah menolak dirinya sendiri sebagai calon perdana menteri PN apabila dia berkata dalam satu sidang media semasa muktamar PAS pada September lalu bahawa pemimpin perlu sihat dan berusia bawah 70 tahun.

Walaupun menjadi calon perdana menteri PN tidak semestinya bermakna mengetuai gabungan, Hadi dijangka menyerahkan peranan itu kepada pemimpin yang lebih muda.

Satu pilihan yang mungkin ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

b5d2888b22a5c90a6bc91856a2ce3f4e

Semasa muktamar, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menamakan Tuan Ibrahim sebagai pilihan pertamanya untuk jawatan perdana menteri, menandakan popularitinya di dalam parti itu.

Ahli parlimen Kubang Kerian itu juga merupakan timbalan pengerusi PN, justeru kenaikan pangkat dilihat sebagai satu langkah yang munasabah.

Dia yang baru berusia 65 tahun pada Ogos lalu turut memenuhi syarat umur yang disebut Hadi.

‘Baik dengan istana’

Satu lagi kelebihan Tuan Ibrahim ialah pengalamannya dalam pentadbiran persekutuan, apabila dia pernah berkhidmat sebagai menteri alam sekitar dan air dari 2020 hingga 2022.

Dia juga dilihat mempunyai penerimaan baik dalam Bersatu apabila bekas ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pada Januari lalu bahawa hubungan baik Tuan Ibrahim dengan Istana Pahang menjadikannya calon perdana menteri yang ideal.

Satu lagi nama yang sering disebut dalam kalangan pemimpin PAS yang berpotensi memikul tanggungjawab lebih besar ialah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Samsuri, yang lebih dikenali sebagai Dr Sam, telah mengetuai Terengganu sejak 2018 selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ru Rendang dalam penyertaan pertamanya dalam politik.

296e27e81390ef5057e9253c04ca5fb8

Sebelum itu, dia berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Hadi sejak 2008.

Naib presiden PAS berusia 55 tahun itu mula mendapat perhatian sebagai calon pemimpin nasional seawal Disember 2023, apabila bekas perdana menteri dua kali, Dr Mahathir Mohamad, berkata dia mempunyai kelayakan untuk menjadi perdana menteri.

Mahathir membuat kenyataan tersebut semasa pilihan raya kecil Kemaman, ketika Samsuri bertanding di bawah panji PN.

Ketika itu, timbul spekulasi PN sedang mempersiapkan Samsuri sebagai calon perdana menteri manakala pihak lain menganggapnya sekadar strategi untuk meningkatkan sokongan pengundi.

7fd24eb68f9741d9f104134876a0a939

Seperti Tuan Ibrahim, Wan Fayhsal turut menamakan Samsuri sebagai satu lagi calon perdana menteri yang mempunyai hubungan baik dengan institusi diraja.

Samsuri sebelum ini memegang jawatan bendahari agung PN namun meletakkan jawatan pada Disember tahun lalu, dua hari selepas mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu bagi mengesahkan pelantikan jawatan setiausaha agung, ketua wanita, ketua penerangan dan ahli majlis tertinggi.

Mesyuarat itu menyaksikan Bersatu mengekalkan semua enam jawatan utama PN, walaupun PAS meminta supaya jawatan setiausaha agung diberikan kepada Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung PAS.

Di luar faktor politik, Samsuri turut dilihat sebagai seorang teknokrat berikutan latar belakangnya sebagai jurutera aeroangkasa.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Selain PAS, terdapat seorang pemimpin Bersatu yang berpotensi mengetuai PN, iaitu Hamzah Zainudin.

Timbalan Presiden Bersatu itu berada di tengah-tengah krisis dalaman parti, susulan usaha untuk menyingkirkan sebagai presiden dan menggantikannya dengan Hamzah.

PAS dilaporkan menyokong usaha tersebut namun parti itu menafikan dakwaan berkenaan.

Hamzah bagaimanapun berkata dia sanggup menunggu Muhyiddin menyerahkan jawatan presiden apabila tiba masanya.

e9fee2d1fdf29284c866730b19dd4809

Daripada semua nama yang disebut, ketua pembangkang di parlimen berusia 68 tahun itu mempunyai pengalaman paling luas dalam pentadbiran persekutuan, antaranya sebagai:

  • Timbalan menteri perumahan dan tempatan (2008–2009),

  • Timbalan menteri perladangan dan komoditi (2009–2013),

  • Timbalan menteri luar negeri (2013–2015),

  • Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (2015–2018), dan

  • Menteri dalam negeri (2020–2022).

e5bec22608692d8b1a7b12cc4b673982

Hamzah memulakan kerjaya politiknya dalam sebelum meletakkan jawatan pada Disember 2018 untuk menyertai Bersatu.

Dia juga telah memegang kerusi parlimen Larut sejak 2008.

Walaupun peletakan jawatan Muhyiddin telah meredakan kemarahan PAS terhadap peranan Bersatu dalam penyingkiran menteri besar Perlis, isu yang lebih besar masih belum selesai, termasuk soal calon perdana menteri pembangkang.

Isu lain dalam gabungan yang dijangka terus berlarutan meskipun berlaku pertukaran pengerusi PN termasuk perpecahan dalaman Bersatu, apabila pemimpin akar umbi terus mendesak Muhyiddin berundur sebagai presiden untuk memberi laluan kepada Hamzah.

Masih belum dapat dipastikan jika pelantikan ketua gabungan yang baru akan memperbaiki hubungan antara Bersatu dan PAS.

3f3799ea5850bcd813e50cc211875272

[Baca laporan asal]



Source link