Malaysia Oversight

PAS sedia beri sumbangan jika dijemput Umno

By MkiniBM in September 4, 2025 – Reading time 2 minute
PAS sedia beri sumbangan jika dijemput Umno


hari ini menawarkan diri memberikan sumbangan fikiran kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk memberikan input bagi menambah baik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari berkata parti itu bersedia bekerjasama dengan dalam isu berkenaan jika mereka mendapat jemputan.

Katanya yakin hanya dengan kesatuan dan Melayu kedua-dua parti dapat “menyelamatkan negara” daripada undang-undang yang dianggapnya sebagai berpotensi menzalimi orang ramai.

Dia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menjelaskan, langkah diambil menunjukkan kesediaan parti terbabit mengkaji dengan mendalam RUU berkenaan serta kesannya kepada rakyat.

“PAS menegaskan kesediaan untuk turut sama jika dijemput dalam apa jua perbincangan atau konvensyen yang dianjurkan, khususnya yang melibatkan parti-parti Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Fadhli lagi, PAS yakin uara kolektif orang Melayu- perlu diangkat secara serius dalam menggubal sebarang dasar atau undang-undang berkaitan pembangunan bandar agar ia tidak mengabaikan kepentingan rakyat bawahan, keadilan sosial serta keseimbangan pembangunan.

“Insya-Allah, PAS akan terus komited memperjuangkan kepentingan rakyat bersama-sama dengan mana-mana pihak yang ikhlas dalam agenda penyatuan ummah serta mempertahankan kesejahteraan negara,” katanya.

Semalam Umno mengumumkan parti itu menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti dan menambah baik RUU berkenaan – yang dibawa Kementerian Perumahan dan Tempatan baru-baru ini.

Pasukan khas itu diketuai Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pasukan khas itu akan membentangkan dapatan mereka nanti dalam Konvensyen Melayu Bandar yang melibatkan kepimpinan parti di semua peringkat.

Ia juga akan melibatkan parti-parti politik Melayu, NGO, ahli akademik dan masyarakat sivil.

Ia dijangka diadakan pada penghujung bulan ini.



Source link