Malaysia Oversight

PAS sanggup buat pilihan raya negeri di Perlis bila-bila masa

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 2 minute
PAS sanggup buat pilihan raya negeri di Perlis bila-bila masa


menegaskan bahawa parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,  termasuk pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya negeri (PRN) di Perlis, kata presidennya, Abdul Hadi Awang.

“Kita bersedia untuk PRK. Sebab sekarang ini tiga () dah gugur, nak tubuh macam mana? Perlis ini 15 kerusi sahaja, ada enam, Bersatu pula ada 5, kalau nak tubuh nak tubuh macam mana?

“Jadi, nak buat PRK kita bersedia, nak buat PRN pun kita bersedia,” katanya dalam sidang media di Marang, Terengganu, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, parti itu telah melalui pelbagai pengalaman politik sebelum ini, termasuk kejatuhan negeri akibat undi tidak percaya dan tindakan wakil rakyat berpaling tadah, namun PAS kekal berpegang kepada prinsip kesetiaan dan disiplin parti.

“Kita pernah mengalami situasi sebegini di negeri-negeri sebelum ini. Berlaku undi tidak percaya, wakil rakyat dibeli, dan macam-macam lagi. Itu semua ujian,” katanya.

Terdahulu, PAS memaklumkan keahlian tiga ahli Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu diambil terhadap Chuping, Saad Seman, Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Ia dipercayai susulan pergolakan dihadapi kerajaan Perlis selepas tercetusnya usaha menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar, Shukri Ramli.

Susulan daripada itu, speaker DUN Perlis, Rus’ele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangkadi tiga DUN iaitu Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas tiga Adunnya terhenti keahlian PAS. 

Walaupun tempoh penggal sudah matang iaitu tiga tahun, pihaknya berpendapat terdapat keperluan untuk diadakan pilihan raya kecil (PRK) di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, PN memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu manakala seorang ADUN Pakatan Harapan (PH) dari bagi kerusi DUN Indera Kayangan.

[Berita penuh menyusul]



Source link