Malaysia Oversight

PAS rancang demo besar-besaran jika Trump tidak mahu berjumpa

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
PAS rancang demo besar-besaran jika Trump tidak mahu berjumpa


sedia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald bagi mempamerkan bantahan berhubung genosid Israel terhadap rakyat Palestin, kata Setiausaha Agung , Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun, katanya, jika tidak mahu berjumpa, merancang satu perhimpunan besar-besaran sebagai tanda protes semasa hadir ke sidang kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

f3ebe38073e5624032a1e98bcb59c90a
Donald Trump

“Kalau dia betul-betul datang mengapa tidak, kita boleh jumpa sebagai rakyat Malaysia kalau dia tak nak jumpa kita akan menunjukkan protes besar besaran.

“Kita sedang mengatur, ini merentas kaum bangsa, masyarakat di negara-negara Barat membuat satu bantahan protes besar apatahlah lagi kita ini Malaysia Madani takkan nak menyambut Trump.

“Orang yang tangannya masih berlumuran darah dakyat Palestin,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebagai pengerusi Asean, Malaysia telah mengundang presiden AS itu untuk menghadiri sidang kemuncak yang dijadualkan bulan ini.

Namun undangan tersebut menerima itu kritikan pelbagai pihak yang berpendapat Trump – penyokong kuat Israel – tidak wajar dijemput ke Malaysia.

99e465e0eb792d62acee9f6e143310cb

bagaimanapun kekal dengan pendiriannya, dengan Perdana Menteri Ibrahim menegaskan sidang itu akan menjadi platform diplomatik untuk terus mengangkat isu Palestin.

Protes RUU PSB

Pada sidang media sama, Takiyuddin turut menyentuh tentang perhimpunan yang dirancang PAS bagi membantah Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Menurut ahli Parlimen Kota Bharu itu, PAS masih berharap rakan mereka dari akan menyertai demonstrasi berkenaan, yang dijadual diadakan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada Ahad ini (4 Oktober).

“Jadi kita agak hairan sikit. Bagaimana rang undang-undang itu boleh dibawa ke Dewan Rakyat sedangkan – yang berada dalam kabinet – tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

92cfa9ea23df4879d561198374ee6e06

“Tapi kita harap empat hari bulan ini, ahli-ahli Parlimen Umno dan pemimpin mereka juga akan bersama dengan kita, atas satu tujuan menolak PSB ini,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda PAS selaku penganjur “Himpunan Mega Tolak PSB” menyatakan mereka menjangkakan kehadiran 50,000 peserta.



Source link