Malaysia Oversight

PAS pertimbang demo Turun Anwar 2.0, semakan kehakiman

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
PAS pertimbang demo Turun Anwar 2.0, semakan kehakiman


tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang, termasuk memfailkan semakan kehakiman, atau menganjurkan semula demo “Turun 2.0” sebagai reaksi terhadap perjanjian dagangan timbal balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari, parti itu juga sedang mempertimbangkan untuk menganjurkan forum melibatkan golongan profesional dan akademik bagi menjelaskan implikasi menyeluruh daripada perjanjian berkenaan.

a1f2d45ff8a79a7c6e7bf344c39a9ca2
Ahmad Fadhli Shaari

“ART kini mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak, termasuk cendekiawan, ahli akademik dan pakar undang-undang.

menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal peka dan bersama mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan ekonomi baharu yang terselindung di sebalik nama ‘perdagangan dan digitalisasi’,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggunakan perumpamaan ular untuk menggambarkan kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat — menyamakan hubungan itu seperti “ular lidi” dengan “anaconda.”

Menurut ahli Parlimen Marang itu, anaconda menelan haiwan lain seperti hutan, rusa, tenuk, harimau, lembu, kerbau dan kambing, malah mangsa yang lebih besar setelah ia dilemah dan dipatah-patahkan.

1c095f21344cff89eddc6ba517da76e4
Abdul Hadi Awang

Sebaliknya, katanya, ular lidi hanya mampu menelan mangsa kecil seperti cengkerik, lipas, belalang, katak, tikus, dan lain-lain.



Source link