Malaysia Oversight

Pas pecat tiga ADUN Perlis

By Utusan in December 24, 2025 – Reading time 2 minute
Pas pecat tiga ADUN Perlis


KANGAR: memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri () dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Ketiga mereka yang dipecat adalah Chuping, Saad Seman, Bintong, Fakhrul Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Presiden , Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan pemecatan tiga ADUN berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang bersidang pada hari ini.

“Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini telah membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas yang berikut adalah terhenti serta merta sebagai ahli,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan lapan ADUN PN Perlis termasuk tiga dari Pas didakwa telah bertemu Raja Perlis menyatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Difahamkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga dikatakan telah mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar manakala nama calon dari Pas, belum.

Tambah Abdul Hadi berkata, Pas juga akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta.-UTUSAN





Source link