Malaysia Oversight

PAS mahu Jho Low dihadapkan ke mahkamah Malaysia

By MkiniBM in July 4, 2026 – Reading time 1 minute
PAS mahu Jho Low dihadapkan ke mahkamah Malaysia


Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low perlu dihadapkan ke mahkamah di Malaysia bagi menghadapi pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengira sebarang tindakan yang diambil negara lain.

Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia mempunyai sistem perundangan sendiri dan tidak semestinya perlu mengikut keputusan atau pendirian Amerika Syarikat berhubung kes membabitkan Jho Low.

“Jho Low perlu dibawa pulang untuk diadili di Malaysia kerana negara ini merupakan pihak paling terkesan dengan tindakannya, yang memberikan impak besar terhadap ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan Pasir Mas, di Kota Bharu hari ini.

b7f2f74712a77cfe19f426e40b2ca1c8

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pihak berkuasa mempercepat proses perundangan, termasuk mendapatkan ekstradisi ke atas Jho Low bagi membolehkannya dibicarakan di negara ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata Malaysia kekal dengan pendirian bersandarkan proses perundangan terhadap Jho Low, walaupun terdapat laporan berkemungkinan ahli perniagaan dalam buruan itu menerima pengampunan daripada Presiden AS Donald .

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Jho Low adalah antara kira-kira 250 individu yang dipertimbangkan untuk menerima pengampunan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu hari ini.

– Bernama



Source link