Malaysia Oversight

PAS lahirkan ‘anak sulung’ untuk DUN Sabah

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 2 minute
PAS lahirkan 'anak sulung' untuk DUN Sabah


malam ini mengumumkan kelahiran ‘anak sulung’ parti itu dalam Dewan Undangan Negeri Sabah apabila pesuruhjayanya, Aliakbar Gulasan, memenangi kerusi Karambunai.

Aliakbar mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang – calon dari , Yakub Khan, dengan majoriti kurang daripada 400 undi.

Ketua Penerangan Ahmad Fahdli Shaari mengumumkan kemenangan Aliakbar itu melalui hantaran ringkas di media sosial lewat malam ini.

“Alhamdulillah, melahirkan ‘anak sulung’ di Sabah. Karambunai dimenangi dengan majoriti 371,” tulisnya di Facebook.

Karambunai menjadi kerusi pertama dimenangi PN setakat ini. Selain Aliakbar dan Yakub, kerusi DUN Karambunai itu turut cuba direbut calon parti lain termasuk Warisan.

Untuk rekod Aliakbar sudah pernah menjadi di Sabah, namun penyertaannya ke DUN itu atas kapasiti wakil rakyat lantikan.

Dia yang juga bekas Pengerusi Lembaga Koko Malaysia menjadi pada 8 Okt 2020.

Dalam PRN ke-16 Sabah yang dilangsungkan pada 2020, Yakub memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih tipis – 16 undi.

Pencabar terdekat Yakub pada ketika itu ialah Ahmad Jais Otong dari Warisan.

54c70408c15be215db61b192a5ea7de6

Kali ini Ahmad Jais turut bertanding sekali lagi.

Berdasarkan data tidak rasmi, Aliakbar memperoleh 7,069 undi manakala Ahmad Jais 6,698 undi diikuti GRS (4,811 undi) dan (4,478 undi).

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyatakan keyakinanya yang Aliakbar mampu menjalankan tugasnya dengan baik selaku wakil rakyat.

Katanya, kemenangan malam ini juga menjadi pemangkin buat PN untuk bangkit mencipta kemenangan akan datang di Sabah.

“Dengan pengalamannya sebelum ini, kita yakin dia mampu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu video sidang media yang disiarkan di Facebooknya.



Source link