Malaysia Oversight

PAS juga sedia kerjasama dengan Umno, kata Afnan

By MkiniBM in May 3, 2025 – Reading time 2 minute
PAS juga sedia kerjasama dengan Umno, kata Afnan


Jika Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan , juga nampaknya tiada masalah untuk turut serta selagi dasar parti itu tidak bercanggah dengannya.

Menyuarakan perkara itu, Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden (duduk, dua dari kiri) berkata pendirian sejak dahulu tidak berubah iaitu parti itu boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak bercanggah dengan dasar yang dipegangnya.

“Kita pun pernah bekerjasama dengan sebelum ini, sekarang berpisah. Bersatu pun sebelum ini tak pernah ada kerjasama (dengan PAS), tapi sekarang ada kerjasama.

“Jadi semua kemungkinan-kemungkinan itu boleh berlaku. Asas kepada politik ini ialah muafakat dan sudah tentulah bagi parti yang berteraskan agama seperti PAS, keutamaan itu di hadapan. 

“PAS menerima dan terbuka (untuk kerjasama dengan ),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, dalam sesi audio siar bersama bekas menteri Zaid Ibrahim, Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin berkata Bersatu yang merupakan serpihan Umno mempunyai ideologi yang sama dengan parti itu, maka pihaknya sedia untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan yang sama.

“Jika dilihat dari sudut agenda, Umno ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Hari ini, Bersatu juga memegang ideologi yang sama.

“Adakah mungkin satu masa nanti ada kerjasama? Ini bukan bermakna Bersatu tidak kuat tetapi kita terbuka untuk bekerjasama,” kata Hamzah.

Malah ketika kempen PRK Ayer Kuning sebelum ini, Hamzah masalah ladang babi di Perak terutama di Ayer Kuning boleh diselesaikan sekiranya Umno bergabung dengan PN bagi membentuk negeri.

Namun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat itu sebagai hanya mimpi di siang hari dan Umno telah menutup pintu kerjasama dengan PN.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi yang juga ahli Parlimen Alor Setar mendakwa Umno kini terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang menyokong kerjasama untuk Melayu dan dan kelompok  yang hanya mementingkan kuasa.

“Jadi, yang nak kepentingan Melayu dan itu mehlah (marilah) duduk dengan kita…tinggallah Umno (yang mementingkan kuasa),” katanya lagi.



Source link