Malaysia Oversight

PAS hanya ‘kain buruk’ dalam percaturan Bersatu

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
PAS hanya ‘kain buruk’ dalam percaturan Bersatu


Pemimpin Amanah Mahfuz Omar menyelar dengan mendakwa parti itu sekadar menjadi pelengkap syarat kepada Bersatu selepas Presiden Bersatu Yassin dinamakan sebagai calon perdana menteri ke-11.

Naib presiden Amanah itu menegaskan tindakan Bersatu menamakan calon perdana menteri tanpa sebarang rundingan atau persetujuan komponen lain – khususnya – jelas membuktikan sifat angkuh dan politik berteraskan kepentingan sendiri semata-mata.

“Usul ini membongkar hakikat sebenar Bersatu parti yang tidak menghormati semangat kerjasama, tidak percaya pada perbincangan konsensus, dan hanya mengangkat kepentingan seorang individu melebihi kepentingan rakyat atau kestabilan negara.

yang selama ini mendabik dada kononnya penentu undi dalam politik negara, rupa-rupanya hanya dijadikan pelengkap syarat oleh Bersatu. Suara mereka diketepikan, pendirian mereka tidak dihitung dan maruah mereka dipijak seperti kain buruk.

38f373b3656be55f52f334507147a330

“Jika beginilah layanan terhadap rakan kongsi paling setia, maka jelaslah PAS tidak lebih daripada sekadar pak pacak kuasa dalam percaturan politik Bersatu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Mahfuz mengulas resolusi Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang sebulat suara meluluskan usul menamakan presidennya sebagai calon perdana menteri.

Semalam, beberapa pemimpin PAS dilapor melahirkan rasa kurang senang dengan langkah Bersatu itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa menegaskan penamaan calon perdana menteri bukanlah keutamaan, sebaliknya usaha memperkukuh parti dan mengukuhkan muafakat wajar diberi tumpuan. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berpandangan PAS tidak perlu mengikut langkah Bersatu menamakan calon perdana menteri.

c4b091816d52c3da2cdb9674d1132223

Menurut Mahfuz, tindakan tergesa-gesa Bersatu itu mendedahkan rapuhnya gabungan yang cuba ditonjolkan sebagai kononnya alternatif .

Katanya, perebutan kuasa dan ketidakjujuran telah mencemari gabungan itu sejak awal lagi.

“Belum pun berpeluang memerintah semula, sudah bergolak dengan perbalahan siapa yang layak menjadi perdana menteri.”

“Persoalan asasnya, bagaimana rakyat boleh yakin kepada sebuah blok politik yang sesama sendiri pun gagal menghormati rakan kongsi? Jika parti komponen diperlakukan seperti barang mainan, apatah lagi rakyat biasa yang tidak punya suara di meja rundingan.

416db3277db4c56937b6fae170fb34c7

“Rakyat harus membuka mata ini bukan soal siapa menjadi Perdana Menteri semata-mata, tetapi soal apakah negara mahu terus dibelenggu oleh gabungan yang retak dari dalam, dikuasai oleh perebutan kuasa, dan ditunggangi agenda peribadi.

“Bersatu dengan tindakan ini telah membuktikan bahawa mereka bukan pejuang kestabilan, jauh sekali pembela rakyat. Sebaliknya, mereka adalah punca perpecahan.

“PAS pula, meskipun cuba memaparkan diri sebagai parti berpengaruh, ternyata rela dipinggirkan demi secebis kuasa,” katanya yang juga bekas ahli parlimen Pokok Sena.



Source link