Malaysia Oversight

PAS hairan pihak minoriti serah nama calon MB Perlis

By MkiniBM in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
PAS hairan pihak minoriti serah nama calon MB Perlis


Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menyuarakan rasa hairan susulan tindakan satu pihak menyerahkan nama calon menteri besar ketika pergolakan pentadbiran Perlis masih berlangsung.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, Ahmad Fadhli dipercayai menyindir Bersatu, yang dilaporkan mengambil langkah berkenaan.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli mengucapkan terima kasih kepada PH Perlis atas sokongan supaya terus mentadbir negeri itu sehingga tamat penggal.

“Terima kasih PH Perlis. Hairannya ada pihak yang serah nama walaupun minoriti,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

9614bd16e8814bc44b3878bb6cc04e56

Terdahulu, media melaporkan politik Perlis bergolak susulan dakwaan wujud usaha menyingkirkan Menteri Besar Shukri Ramli.

Beberapa laporan memetik sumber mendakwa lima Bersatu dan tiga telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.

Bersatu serah tiga nama calon MB

Lapan terbabit membentuk majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang mempunyai 15 kerusi.

Media hari ini turut melaporkan Bersatu menyerahkan tiga nama Adunnya sebagai calon menteri besar.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi PN Perlis Shahidan Kassim dilaporkan berkata pimpinan tertinggi PAS akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu hari ini.

85084a02b49b52feb3601e3a89668711

Menurut Shahidan, isu berkenaan ditangani dengan baik dan apa yang berlaku tidak wajar dianggap sebagai krisis.

“Saya melihat ia bukanlah krisis, apa yang berlaku ini (cuma) perbezaan pendapat,” katanya.



Source link