Malaysia Oversight

PAS cabar Puad jelaskan siapa ‘Maha Kaya’ dalam era Madani

By MkiniBM in September 29, 2025 – Reading time 1 minute
PAS cabar Puad jelaskan siapa ‘Maha Kaya’ dalam era Madani


Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Mohd Puad Zarkashi yang sebelum ini yang menyebut tentang kewujudan pihak digelar “Maha Kaya”.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Ahmad Fadhli membidas kenyataan Puad yang mendakwa SPRM sepatutnya memberi tumpuan kepada isu rasuah mineral Sabah dan juga “Maha Kaya” yang kononnya baru muncul.

“Eh? Siapa yang dimaksudkan sebagai ‘Maha Kaya’ tu Datuk?

“Era reformasi madani suci ini masih adakah lagi ‘Maha Kaya’ ni? Kalau yang tiba-tiba baru muncul, pelik sangat ni.

“Datuk Puad kena jelaskan betul-betul,” kata Ahmad Fadhli.

Terdahulu, Puad memuji langkah SPRM yang tidak meneruskan siasatan terhadap dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

9c37de9f26f559862b148faa86bd76e2

Dia menempelak cadangan untuk berhubung dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), dan menyifatkannya sebagai pembaziran wang rakyat dan hilang fokus.

Sebaliknya, Puad menggesa SPRM menumpukan siasatan terhadap isu besar, termasuk skandal rasuah mineral Sabah, pihak digelar “Maha Kaya”, serta menantu bekas perdana menteri Yassin yang didakwa berada di Abu Dhabi bagi menghadapi kes Jana Wibawa.

Isu “Maha Kaya” itu bagaimanapun menimbulkan persoalan di pihak , dengan Ahmad Fadhli mendesak Puad untuk menjelaskan dengan lebih jelas individu atau pihak yang dimaksudkan.



Source link