Malaysia Oversight

PAS bukan parti tikam belakang parti komponen seperti Umno, dakwa MIPP

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
PAS bukan parti tikam belakang parti komponen seperti Umno, dakwa MIPP


Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menasihatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi , Mohd Puad Zarkashi agar menilai prestasi parti sendiri sebelum mengkritik parti lain.

Timbalan Presiden MIPP, S Subramaniam mendakwa, tidak seperti , mempunyai sejarah “menikam belakang” rakan-rakan komponen dalam BN.

“Puad bertanya apakah MIPP akan diberikan satu kerusi (Pada PRU akan datang). Nasihat saya kepadanya — jangan sibuk pengagihan kerusi parti lain. Lihat diri sendiri.

“Apa terjadi pada PRN (Pilihan Raya Negeri di enam negeri) sehingga dan MCA boikot dengan mengumumkan tidak bertanding di mana-mana kerusi,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada 2023, MCA dan membuat keputusan tidak bertanding dalam PRN di enam negeri pada Ogos tahun itu, meskipun pengerusi BN, Ahmad Zahid memberi jaminan semua parti komponennya diberikan kerusi.

MCA dan bagaimanapun menafikan mereka memboikot BN, sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan peluang calon yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi DUN yang ditandingi BN.

43d7f610ddb84f3b3f0976dc96705de9

Subramaniam menjawab kenyataan Puad yang sebelum ini menyifatkan MIPP sebagai ‘parti nyamuk’ dan berharap parti itu tidak menerima nasib sama seperti presiden Gerakan dalam PRU akan datang.

“Apakah MIPP akan diberi satu kerusi?

“Jangan jadi macam Presiden Gerakan. Jadi calon di Bayan Lepas kena boikot. Nak naik pentas ceramah di Sungai Dua pun kena suruh balik oleh .

“Memang kesian,” kata Mohd Puad selepas MIPP membandingkan layanan yang diberikan BN kepada parti-parti komponennya berbanding PN.

Menjawab dakwaan MIPP sebagai ‘parti nyamuk’, Subramaniam membangkitkan prestasi Umno pada PRU15 apabila parti itu hanya memenangi 26 kerusi daripada 116 kerusi parlimen yang ditandingi.

“Mungkin kami parti nyamuk jika dibandingkan dengan Umno. Tapi, jangan lupa kamu adalah parti kerdil jika dibandingkan dengan DAP, dan Bersatu.

“Kalah teruk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Melaka dan . Tak menang pun satu kerusi. Apa alasan kamu dengan kekalahan ini,” kata Subramaniam.

Dia turut membangkitkan isu lama membabitkan pembentukan kabinet semasa Muhyiddin Yassin menubuhkan kerajaan pada Februari 2020, dengan mendakwa Umno tidak menyerahkan senarai calon daripada MIC dan MCA kepada perdana menteri ketika itu.

“Ini bukan saya kata, malah, presiden MIC (SA Vigneswaran) sendiri dalam ucapan khas sempena Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-74 (AGM) pada tahun 2021 berkata bahawa jawatan menteri diberikan kepada timbalan presiden M Saravanan dalam kerajaan PN adalah atas usaha Muhyiddin sendiri dan bukan saranan BN/Umno.

“Itu yang saya nak menekan bahawa PAS bukan parti tikam belakang seperti Umno,” katanya.



Source link