Malaysia Oversight

PAS bandingkan layanan k’jaan terhadap Tengku Maimun dan Azam Baki

By MkiniBM in June 28, 2025 – Reading time 2 minute
PAS bandingkan layanan k'jaan terhadap Tengku Maimun dan Azam Baki


Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan layanan berbeza yang diterima Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berbanding Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dalam isu pelanjutan tempoh perkhidmatan mereka.

Menurutnya, walaupun Tengku Maimun menerima sokongan padu daripada komuniti perundangan, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan rakyat terbanyak, namun perkhidmatannya tidak disambung walaupun perkara itu dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Ironinya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang berdepan dengan pelbagai bantahan termasuk daripada ahli Parlimen, tokoh undang-undang serta aktivis anti-rasuah, telah diberikan lanjutan perkhidmatan sebanyak tiga kali – walaupun terdapat kontroversi yang belum dijelaskan secara tuntas kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Jun lalu, Tengku Maimun memaklumkan belum ada sebarang perkembangan berhubung kemungkinan tempoh perkhidmatannya dilanjutkan, termasuk dua lagi hakim kanan — Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan.

“Tiada berita,” katanya ringkas.

af21f1c102a65db0700d60122dec2152

Tengku Maimun, yang merupakan wanita pertama memegang jawatan Ketua Hakim Negara, dijadual bersara wajib pada 1 Julai ini.

Abang Iskandar pula dijangka bersara pada 2 Julai, manakala Nallini akan berundur pada 22 Ogos.

‘Apakah merit dan integriti masih jadi asas?’

Fadhli berkata dia tidak mempersoalkan kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelanjutan tempoh perkhidmatan, namun menimbulkan persoalan mengenai standard yang digunakan dalam membuat keputusan tersebut.

“Saya tertanya-tanya – apakah standard yang digunakan dalam membuat pertimbangan? Apakah merit dan integriti masih menjadi asas, atau pertimbangan politik telah mengatasi segala-galanya?

“Dan satu persoalan yang tidak dapat dielakkan oleh rakyat ialah: adakah keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan Tun Tengku Maimun ini dibuat kerana beliau sering mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang tidak selari dengan kehendak ?

“Jika ketegasan dan prinsip menjadi sebab ditolak, manakala kontroversi dan pertikaian menjadi alasan untuk dilanjutkan, maka kita sedang menuju ke arah keruntuhan keyakinan rakyat terhadap institusi utama negara,” katanya lagi.

Fadhli berkata perlu tampil memberi penjelasan secara telus kepada rakyat berhubung perkara itu.

“Ketelusan bukan lagi pilihan – ia adalah keperluan mendesak dalam menjunjung kedaulatan undang-undang. Hentikan permainan persepsi. Tegakkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kewibawaan institusi.

“Atau teruskan sahajalah budaya sekarang, kerana walau apa cara sekalipun, anda hampir pasti tidak akan kekal menjadi selepas PRU16,” katanya.



Source link