Malaysia Oversight

PAS anggap sindiran Lip Eng turut hina Islam

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
PAS anggap sindiran Lip Eng turut hina Islam


Dewan Ulama mengkritik keras kenyataan Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng, yang dibuatnya semalam kerana dianggap mempersendakan gesaan berulang parti itu untuk mengharamkan hidangan arak dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Ketua penerangan sayap itu, Mohd Nor Hamzah, berkata kenyataan sinis Lim – yang meminta untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri – bukan sahaja menghina parti itu bahkan kedudukan sebagai agama rasmi negara.

“MAS dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan mewakili imej rasmi negara.

“Oleh itu, penyajian arak di bawah jenama milik adalah bercanggah dengan prinsip , serta tidak menghormati sensitiviti majoriti rakyat Muslim.

“Larangan arak bukan paksaan terhadap bukan , tetapi dasar moral sejagat yang turut diiktiraf oleh semua agama besar dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dewan Ulama PAS turut menggesa Kementerian Pengangkutan dan Khazanah Nasional untuk menghentikan hidangan arak dalam semua penerbangan MAS dengan serta-merta.

Selain itu, sayap PAS berkenaan sekali lagi menyeru membenarkan semua kru kabin Muslim menutup aurat dengan sempurna kerana mempunyai hak untuk mengamalkan agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rabu lalu, Lim semasa ucapannya di Dewan Rakyat membidas cadangan PAS agak melarang penjualan arak dalam semua pesawat kendalian MAS dengan mengatakan pilihan untuk mengambil minuman beralkohol adalah hak individu yang diberikan kepada bukan Islam.



Source link