Malaysia Oversight

Paramount Skydance Dilaporkan Ingin Mengambil Alih Warner Bros Discovery

By Amanz in September 13, 2025 – Reading time 1 minute
Paramount Skydance Dilaporkan Ingin Mengambil Alih Warner Bros Discovery


Paramount Skydance Dilaporkan Ingin Mengambil Alih Warner Bros Discovery

September 13, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Paramount Skydance dilaporkan Ingin mengambil alih Warner Bros. Discovery dengan pengambil alihan ini disokong Larry Ellison yang untuk seketika minggu ini ialah manusia terkaya di dunia. Penggabungan sekiranya menjadi kenyataan akan menjadikan Paramount dan Warner Bros studio kedua terbesar di belakang Walt Disney Studios.

Warner Brothers Discovery Paramount 1

Bagi pelanggan, perkhidmatan penstriman HBO Max dan Paramount+ akan digabungkan bagi memberikan seleksi kandungan yang lebih pelbagai. Buat pertama kali kandungan adiwira DC, Harry Potter, Game of Thrones, MTV, CSI dan Mission Impossible akan berada di bawah payung yang sama.

Sementara itu di Amerika Syarikat pula CBS News dan CNN juga akan mempunyai pemilik yang sama. Warner Bros. Discovery sedang mengalami pelbagai isu selepas menjalani proses penggabungannya sendiri beberapa tahun lalu. HBO Go diubah menjadi Max sebelum diubah semula menjadi HBO Max dengan syarikat induk akan dipisahkan semula daripada Discovery.

Wall Street Journal

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link