KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin sedia bangkit selepas gagal melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir BWF tahun ini. Pang Ron berkata, mereka akan memberikan saingan sengit di dua kejohanan penutup musim iaitu Kumamoto Masters dan Terbuka Australia, bagi menutup tahun dengan prestasi cemerlang sebelum bertarung pada Sukan SEA di Thailand bulan depan. Gandingan ranking ke-20 dunia itu kali terakhir beraksi di Terbuka Korea Selatan…






