Malaysia Oversight

Padam sejarah Dr M? Bersatu bidas pengalihan plak Wawasan 2020

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
Padam sejarah Dr M? Bersatu bidas pengalihan plak Wawasan 2020


Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mempersoalkan niat susulan dakwaan pengalihan plak penanda lokasi kapsul masa Wawasan 2020 di Menara Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu menggesa Menteri Komunikasi, Fadzil, menjelaskan sebab plak yang memperingati acara yang dirasmikan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad itu ditanggalkan.

“Plak tersebut dan kawasan ia diletakkan sebelum ini merupakan bahan sejarah mengenai satu peristiwa yang sepatutnya dihargai dan dilindungi, iaitu perletakkan kapsul masa oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

7ba3f696b6f6601de439f893d1970b4b

“Kita tahu Perdana Menteri Ibrahim mempunyai sejarah panjang dengan Mahathir. Tetapi adakah ini mahu menidakkan peranan Dr Mahathir? Adakah ini cuba memadam sejarah negara dan menggantikannya dengan versi lain?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kapsul masa itu, yang disimpan sejak 1 Oktober 1996 dan dibuka oleh Mahathir pada 13 April lalu, mengandungi barangan terpilih yang ditanam sebagai sebahagian daripada kempen Wawasan 2020.

Wan Saiful turut membandingkan dengan usaha berbeza di Alor Setar, dengan usaha pihak berkuasa tempatan sedang memulihkan mural Mahathir, dan bukan menghapuskannya.

“Mural yang dilukis pada Jun 2015 itu telah rosak, kini perlu dipadam dahulu untuk pembaikan, tetapi MBAS menyatakan akan menambah baik mural itu, bukan dihapuskan,” katanya.

6ec64612bdf1b3176a021fa8adf023dc

Dia juga mendakwa bahawa sepanjang 30 tahun lalu, konsesi Menara KL sebelum ini yang dipegang oleh MKL Sdn Bhd telah memelihara unsur-unsur sejarah di lokasi tersebut.

Namun, selepas kerajaan memindahkan konsesi itu kepada kumpulan Lim Seong Hai tahun ini, dia mendakwa plak kapsul masa itu telah dibuang hanya dalam beberapa minggu.

“Kapsul masa di Menara Kuala Lumpur bukan sekadar simbol fizikal, tetapi ia lambang aspirasi, perjuangan dan identiti nasional yang seharusnya dihargai, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Tindakan membuang plak Kapsul Masa Wawasan 2020 dari tempatnya menimbulkan persoalan mengenai agenda sebenar yang dibawa oleh kerajaan hari ini,” tambahnya.

0962cf64a6ed14165d6134f6226d979d

Malaysiakini telah menghubungi pemegang konsesi Menara KL yang baharu serta Kementerian Komunikasi untuk mendapatkan maklum balas mereka.



Source link