Dengan kadar wartawan yang dibunuh tentera Israel di Gaza, tidak lama lagi, tiada siapa yang tertinggal untuk menyampaikan khabar buat anda.
#LindungiWartawanDiGaza #BenarkanWartawanMasukGaza
Lebih 210 wartawan terbunuh di Gaza: Kempen besar-besaran pada 1 Sept
Lebih 150 organisasi media dari lebih 50 negara – termasuk Malaysiakini – melancarkan kempen media besar-besaran pada 1 Sep dengan dikoordinasikan oleh Reporters Without Borders (RSF) dan gerakan kempen global Avaaz.
Melalui inisiatif itu, bilik berita, RSF dan Avaaz mengecam jenayah Israel ke atas wartawan di Palestin yang berlangsung tanpa dihukum. Mereka juga menyeru agar wartawan di Gaza dilindungi serta diberikan peluang untuk dipindahkan secara darurat, dan menuntut agar media asing diberikan akses bebas ke Semenanjung Gaza.
Operasi kempen media itu menyusuli serangan maut terbaru oleh tentera Israel terhadap wartawan di Gaza.
Pada 25 Ogos lalu, salah satu serangan rejim berkenaan menyasarkan sebuah bangunan kompleks perubatan al-Nasser di tengah Gaza. Ia merupakan lokasi yang diketahui sebagai tempat wartawan bekerja.
Serangan itu mengorbankan lima wartawan dan kakitangan media tempatan serta antarabangsa termasuk Reuters dan Associated Press.
Dua minggu sebelum itu – pada malam 10 Ogos – satu serangan Israel membunuh enam wartawan, termasuk koresponden Al Jazeera, Anas al-Sharif, yang menjadi sasaran utama.
Menurut data RSF, lebih 210 wartawan telah terbunuh oleh tindakan tentera Israel di Gaza dalam hampir 23 bulan operasi ketenteraan di wilayah Palestin tersebut.
Sekurang-kurangnya 56 daripada mereka menjadi sasaran secara sengaja oleh tentera Israel atau dibunuh ketika menjalankan tugas.
Pembunuhan berterusan terhadap wartawan Palestin itu memerlukan operasi besar-besaran yang jelas kelihatan oleh masyarakat umum.
Dengan mobilisasi luar biasa yang dirancang pada 1 Sept ini, RSF memperbaharui gesaannya untuk perlindungan segera kepada pengamal media Palestin di Gaza — tuntutan yang sebelum ini turut disokong oleh lebih 200 organisasi dan bilik berita pada Jun lalu.
NGO tersebut turut menuntut agar media asing diberi akses bebas ke Gaza, sesuatu yang sehingga kini dinafikan oleh pihak berkuasa Israel.
“Pada 25 Ogos, tentera Israel membunuh lima wartawan dalam dua serangan. Hanya dua minggu sebelumnya, enam wartawan turut dibunuh dalam satu serangan.
“Sejak 7 Okt 2023, lebih 210 wartawan Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Gaza.
“Kami menolak norma baru yang mematikan ini, yang saban minggu menyaksikan jenayah terhadap wartawan Palestin dan ia terlepas daripada sebarang hukuman.
“Kami nyatakan dengan tegas: pada kadar wartawan dibunuh di Gaza oleh tentera Israel, tidak lama lagi tiada siapa yang tinggal di situ untuk terus menghantar maklumat kepada anda.
“Lebih 150 organisasi media di seluruh dunia telah bergabung untuk operasi besar pada Isnin, 1 Sept, atas seruan RSF dan Avaaz.
“Kempen ini mendesak para pemimpin dunia menjalankan tanggungjawab mereka: hentikan tentera Israel daripada terus melakukan jenayah terhadap wartawan, sambung semula proses pemindahan wartawan yang ingin keluar dari Gaza, dan pastikan media asing mempunyai akses bebas ke wilayah Palestin tersebut,” kata Pengarah Eksekutif RSF, Thibaut Bruttin.
Lebih 150 organisasi media dari lebih 50 negara menyertai operasi pada hari ini.
Berikut ialan senarai media yang menyertai kempen tersebut:
* Canal 9 (Argentina)
* ElDiarioAR (Argentina)
* En Estos Dias (Argentina)
* La Izquierda (Argentina)
* Página/12 (Argentina)
* Cheek Media (Australia)
* Bangladeshi Journalists in International Media (Bangladesh)
* La Libre Belgique (Belgium)
* Le Soir (Belgium)
* Magazine Imagine (Belgium)
* Laman web RTBF (Belgium)
* Reporter Médias Monde (Benin)
* Agência Publica (Brazil)
* Amazônia Real (Brazil)
* AzMina (Brazil)
* Intercept Brasil (Brazil)
* Pagina22 (Brazil)
* Portal Catarinas (Brazil)
* Brasil de Fato (Brazil)
* Amado Mundo (Brazil)
* Iwacu (Burundi)
* CamboJA (Kemboja)
* CCIM (Kemboja)
* La Voix du Centre (Cameroon)
* Canal 48 (Chile)
* Colectivo ComuniCAOS (Chile)
* Diario Mapuche (Chile)
* El Ciudadano (Chile)
* El Clarin (Chile)
* El Claro (Chile)
* El Mostrador (Chile)
* El Periodista (Chile)
* Revuelta TV (Chile)
* Radio Aukan (Chile)
* Radio Lorenzo Arenas (Chile)
* Radio Universidad de Chile (Chile)
* Tomate Rojo (Chile)
* Caracol TV (Colombia)
* Cuestión Pública (Colombia)
* El Espectador (Colombia)
* Revista Raya (Colombia)
* Delfino (Costa Rica)
* Onda Local (Costa Rica)
* Denik Referendum (Czech)
* Actualité.CD (DR Congo)
* Ecuador Today (Ecuador)
* Indimedia Ecuador (Ecuador)
* Matsdaash (Mesir)
* Al Manassa (Mesir)
* Mada Masr (Mesir)
* Almakwef Almasry (Mesir)
* Colatino (El Salvador)
* Amnesty International France (Perancis)
* Arrêt sur images (Perancis)
* Blast (Perancis)
* Disclose (Perancis)
* Forbidden Stories (Perancis)
* L’Actu (Perancis)
* L’Humanité (Perancis)
* La Croix (Perancis)
* La Marseillaise (Perancis)
* Le Media (Perancis)
* Mediapart (Perancis)
* Orient XXI (Perancis)
* Politis (Perancis)
* The VII Foundation (Perancis)
* 15-38 Méditerranée (Perancis)
* Gabon Actu (Gabon)
* The Point (Gambia)
* Der Freitag (Jerman)
* dis:orient (Jerman)
* Frankfurter Rundschau (Jerman)
* nd (Jerman)
* taz (Jerman)
* Reporters United (Greece)
* Grenada Broadcasting Network (Grenada)
* Prensa Comunitaria (Guatemala)
* Guinée Matin (Guinea)
* Mosaique Guinée (Guinea)
* Photon Media (Hong Kong)
* The Quint (India)
* The Wire (India)
* Tempo Digital (Indonesia)
* Dublin Inquirer (Ireland)
* Irish Legal News (Ireland)
* The Journal (Ireland)
* +972 Magazine (Israel/Palestine)
* Local Call (Israel/Palestine)
* FACTA (Itali)
* Il Bo Live (Itali)
* Il Dubbio (Itali)
* Il Fatto Quotidiano (Itali)
* Ilfattoquotidiano.it (Itali)
* Il Manifesto (Itali)
* In Libera Uscita (Itali)
* Radio Bullets (Itali)
* Redazione Kritica (Itali)
* Rete No Bavaglio (Itali)
* SITe.it (Itali)
* Osservatorio Balcani e Caucaso Transeuropa (Itali)
* www.letau.net (Ivory Coast)
* Arab Reporters for Investigative Journalism (Jordan)
* KOHA (Koha Ditore, KTV, and Koha.net) – Itali
* Daraj (Lubnan)
* L’Orient le Jour (Lubnan)
* Raseef 22 (Lubnan)
* The Public Source (Lubnan)
* SheChecks (Libya)
* Malaysiakini (Malaysia)
* MalaysiaNow (Malaysia)
* Media Selangor (Malaysia)
* Daily Independent (Malta)
* IN-NAZZJON (Malta)
* Lovin Malta (Malta)
* Malta Daily (Malta)
* Malta Today (Malta)
* Newsbook Malta (Malta)
* Orizzont (Malta)
* RTK103 (Malta)
* Times of Malta (Malta)
* Canal 22 (Mexico)
* El Economista (Mexico)
* El Sol de Mexico (Mexico)
* Animal Político (Mexico)
* La Base (Mexico)
* La Audiencia (Mexico)
* Diario Red (Mexico)
* Proceso (Mexico)
* Radio Educación (Mexico)
* Revista Zócalo (Mexico)
* Semanario Zeta (Mexico)
* Aristegui Noticias (Mexico)
* Tac.mn (Mongolia)
* ENASS.ma (Mongolia)
* Le Desk (Maghribi)
* Lakome (Maghribi)
* Himalkhabar (Nepal)
* World Press Photo (Belanda)
* Asia Pacific Report (New Zealand)
* Evening Report (New Zealand)
* Stuff (New Zealand)
* L’Evénement (Niger)
* Foundation for Investigative Journalism (FIJ) – Nigeria
* Klassekampen (Norway)
* Hildebrandt en sus trece (Peru)
* Ojo Público (Peru)
* Bulatlat (Filipina)
* Kodao Productions (Filipina)
* Pinoy Weekly (Filipina)
* Rappler (Filipina)
* Lusa Agencia de Noticias de Portugal (Portugal)
* Público (Portugal)
* Al-Jazeera (Qatar)
* Doha News (Qatar)
* ActiveWatch (Romania)
* Atlatszo Erdely (Romania)
* Casa Jurnalistului (Romania)
* Center for Investigative Media (Romania)
* Drepturi si Strambe (Romania)
* Freedom House (Romania)
* Gen (Romania)
* Hotnews (Romania)
* Inquam Photos (Romania)
* Misreport (Romania)
* Public Record (Romania)
* Recorder (Romania)
* RISE Project (Romania)
* Scena 9 (Romania)
* Snoop (Romania)
* Starea Natiei (Romania)
* Recorder (Scotland)
* Scottish Legal News (Scotland)
* The National (Scotland)
* N1 (Serbia)
* We, The Citizens (Singapura)
* Kapitál magazine (Slovakia)
* IOL (Afrika Selatan)
* Danbi News (Korea Selatan)
* KCIJ-Newstapa (Korea Selatan)
* Media Today (Korea Selatan)
* Newscham (Korea Selatan)
* NewsMin (Korea Selatan)
* Pressian (Korea Selatan)
* SISA-IN (Korea Selatan)
* The Korea Center for Investigative Journalism (Korea Selatan)
* The Kyunghyang Shinmun (Korea Selatan)
* Agencia EFE (Sepanyol)
* Amnesty International Spain (Sepanyol)
* Ara (Sepanyol)
* AraInfo | Diario Libre d’Aragón (Sepanyol)
* Articulo 14 (Sepanyol)
* Betevé (Sepanyol)
* Canal Taronja (Sepanyol)
* Canarias Ahora (Sepanyol)
* CCMA (Corporació Catalana de Mitjans Audiovisuals) – Sepanyol
* Civio (Sepanyol)
* EiTB (Euskal Telebista – Televisión Pública Vasca) – Sepanyol
* ElDiario.es (Sepanyol)
* El Heraldo de Aragón (Sepanyol)
* El Independiente (Sepanyol)
* El País (op-ed) (Sepanyol)
* El Periódico de Catalunya (Sepanyol)
* El Prat Comunicació SL (digital, radio, tv) – Sepanyol
* El Progreso de Lugo (Sepanyol)
* El Salto (Sepanyol)
* InfoLibre (Sepanyol)
* All the Journalists Organizations (Sepanyol)
* Galde (Sepanyol)
* La Marea (Sepanyol)
* TV La Sexta (Sepanyol)
* La Vanguardia (Sepanyol)
* La Xarxa Audiovisual Local (Sepanyol)
* Ràdio Manresa (Sepanyol)
* Radio Tordera (Sepanyol)
* Ràdio Sant Vicenç (Sepanyol)
* Público (Sepanyol)
* Revista 5W (Sepanyol)
* RTVE (Sepanyol)
* Vocento (23 leading regional newspapers and websites) – Sepanyol
* Dagens ETC (Sweden)
* Skånska Dagbladet (Sweden)
* The New Humanitarian (Switzerland)
* Aljumhuryia (Syria)
* The Syria Report (Syria)
* Ghost Media Island (Taiwan)
* New Bloom (Taiwan)
* Prachatai (Thailand)
* Phayul (Tibet)
* Inkyfada (Tunisia)
* Public Interest Journalism Lab (Ukraine)
* Byline Times (United Kingdom)
* The Independent (United Kingdom)
* Muwatin Media Network (United Kingdom)
* The New Arab (United Kingdom)
* Alaraby Aljadeed (United Kingdom)
* American Prospect (Amerika Syarikat)
* Columbia Journalism Review (Amerika Syarikat)
* Diversify Photo (Amerika Syarikat)
* Drop Site (Amerika Syarikat)
* Media Alliance (Amerika Syarikat)
* NPR (Amerika Syarikat)
* Project Censored (Amerika Syarikat)
* The Dial (Amerika Syarikat)
* The Intercept (Amerika Syarikat)
* The Markaz Review (Amerika Syarikat)
* Zeteo (Amerika Syarikat)
* La 36 (Uruguay)
* La Diaria (Uruguay)
* La Kandela (Uruguay)
* Radio Centenario (Uruguay)
* Radio Reactiva (Uruguay)
* Semanario Brecha (Uruguay)
* Efecto Cocuyo (Venezuela)
* El Pitazo (Venezuela)
* Runrunes (Venezuela)
* Tal Cual (Venezuela)
* Luat Khoa (Vietnam)
* The Vietnamese (Vietnam)