Malaysia Oversight

OPR kekal 2.75 peratus

By MkiniBM in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, menyorot permintaan domestik yang berdaya tahan, inflasi yang stabil dan prospek pertumbuhan yang positif.

Bank pusat itu menyatakan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada separuh pertama 2025 dan kekal di landasan untuk berkembang antara 4 dan 4.8 peratus bagi tahun tersebut.

Pertumbuhan dijangka berterusan sehingga 2026, disokong oleh perbelanjaan isi rumah, pertumbuhan gaji dan pelaburan sektor swasta dan awam yang berterusan.

“Penggajian, pertumbuhan gaji dan langkah dasar berkaitan pendapatan akan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah.

“Pengembangan dalam aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam, realisasi tinggi berterusan pelaburan yang diluluskan, serta pelaksanaan berterusan inisiatif pemangkin di bawah pelan induk negara dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),” katanya dalam satu kenyataan.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link