Oppo membawa siri Reno15 ke pasaran global bermula di Taiwan. Sebanyak tiga model diperkenalkan iaitu Oppo Reno15 Pro Max, Oppo Reno15 Pro dan Oppo Reno15. Kesemuanya hadir dengan pendekatan berbeza bagi menarik perhatian kumpulan pengguna masing-masing.

Oppo Reno15 Pro Max 5G hadir dengan skrin 6.78 inci AMOLED FHD+ serta kadar segar semula tinggi. Peranti ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8450 bersama memori 12GB RAM dan storan 512GB. Ia turut dilengkapi bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W serta pengecasan nirwayar 50W.
Sistem kamera utama menampilkan gabungan 50MP sudut lebar, 200MP utama dan 50MP telefoto manakala kamera hadapan beresolusi 50MP. Selain itu, kedua-dua kamera mampu merakam video 4K60FPS dengan penstabilan terbina. Sebagai tambahan, peranti menyokong pengimbas cap jari dalam skrin, imbasan wajah, NFC dan menjalankan perisian ColorOS16.

Oppo Reno15 Pro hadir dengan skrin 6.32 inci AMOLED FHD+ (2640 × 1216 piksel) serta kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 8450, digandingkan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan 256GB UFS 3.1. Selain itu, peranti ini dilengkapi kamera utama 50MP sudut lebar, 200MP utama dan 50MP telefoto manakala kamera swafoto beresolusi 50MP. Bateri berkapasiti 6200mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 80W namun tiada pengecasan nirwayar disediakan.

Oppo Reno15 hadir dengan skrin AMOLED 6.59 inci FHD+ 120Hz, dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Peranti ini dilengkapi bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Selain itu, sistem kamera utama terdiri daripada 8MP sudut lebar, 50MP utama dan 50MP telefoto manakala kamera swafoto beresolusi 50MP.
Oppo Reno15 Pro Max dijual pada harga NTD 24,990 (~RM3,226) dengan pilihan warna Twilight Gold dan Desert Brown. Sementara itu, Reno15 Pro berharga NTD 20,990 (~RM2,709) ditawarkan dalam warna Aurora Blue dan Desert Blue. Oppo Reno15 (12GB+256GB) dijual pada harga NTD 17,990 (~RM2,324) manakala varian 12GB+512GB berharga NTD 19,990 (~RM2,580).






