Oppo Malaysia turut melancarkan kit fotografi khas untuk pengguna Find X9 Pro. Kit ini direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi mudah alih ke tahap lebih profesional.

Ia menyasarkan pengguna yang gemar merakam gambar berkualiti tinggi dengan lebih bebas dan kreatif. Selain itu, kit ini turut memberi nilai tambah kepada peminat fotografi yang ingin meningkatkan potensi kamera Oppo Find X9 Pro dalam pelbagai situasi penggambaran.
Antara komponen dalam kit ini termasuk OppoFind X9 Pro Photographer Magnetic Case, teleconverter lens, tubuh lensa, cincin pemasangan lensa, penutup lensa belakang dan hadapan serta kit penstabil.

Kit ini dijual secara berasingan pada harga RM999 di pasaran tempatan. Namun, ia boleh didapati pada harga istimewa serendah RM799 melalui promosi Purchase With Purchase (PWP) apabila dibeli bersama Find X9 Pro.






