Malaysia Oversight

Oppo A6 Pro 5G Dengan Bateri 6500mAh Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1199

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
Oppo A6 Pro 5G Dengan Bateri 6500mAh Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1199


Oppo A6 Pro 5G Dengan Bateri 6500mAh Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1199

September 24, 2025
Oppo

Amy Maizuraa

Oppo A6 Pro 5G kini dilancarkan di Malaysia sebagai telefon pertengahan baharu yang tahan lasak dan kalis air. Ia sesuai untuk kegunaan harian dengan pelbagai ciri moden yang praktikal.

IMG 4156
IMG 4155

Oppo A6 Pro 5G hadir dengan skrin 6.57″ FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 6300 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti ini menjalankan ColorOS 15 untuk pengalaman penggunaan yang moden dan mesra pengguna.

IMG 4136
IMG 4138
IMG 4134

Ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP bersama kedalaman 2MP (f/2.4) manakala kamera swafoto pula beresolusi 16MP. Bateri berkapasiti 6500mAh turut disertakan dengan pengecasan pantas berwayar 80W SUPERVOOC.

IMG 4166

Oppo A6 Pro 5G boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM1,199. Setiap pembelian hadir bersama pelbagai hadiah menarik termasuk kotak hadiah eksklusif bernilai RM169, perlindungan Oppo Care bersama Care+ bernilai RM599 serta pelindung skrin Oppo Care Plus bernilai RM229.

IMG 4144

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link