Malaysia Oversight

Oppo A5i Pro Dengan Bateri 6000mAh Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799

By Amanz in August 27, 2025 – Reading time 1 minute
Oppo A5i Pro Dengan Bateri 6000mAh Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799


Oppo A5i Pro Dengan Bateri 6000mAh Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799

August 27, 2025
Oppo

Amy Maizuraa

Oppo A5i Pro kini dilancarkan di Malaysia sebagai model kemaskini untuk model A5i. Peranti dilengkapi cip Snapdragon 6s Gen 1, memori 8GB RAM dan storan 256GB.

Oppo A5i Pro MY1

Oppo A5i Pro menggunakan ColorOS 15 berasaskan Android 15 dengan jaminan prestasi lancar sehingga 3 tahun. Selain itu, ia turut menerima penarafan IP65 untuk perlindungan daripada percikan air dan habuk.

Ia juga hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67 inci HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Kamera swafoto 5MP diletakkan dalam lubang kecil di hadapan manakala kamera belakang terdiri dengan 50MP utama dan 2MP kedalaman.

Oppo A5i Pro MY2

Peranti ini dilengkapi bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 45W. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM799 dengan pilihan warna Breeze Blue dan Midnight Purple.

Oppo Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link