Malaysia Oversight

OpenAI Sedang Membangunkan Cermin Mata, Speaker, dan Pin Pintar

By Amanz in September 20, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Sedang Membangunkan Cermin Mata, Speaker, dan Pin Pintar


OpenAI Sedang Membangunkan Cermin Mata, Speaker, dan Pin Pintar

September 20, 2025
Kecerdasan Buatan
Perkakasan

Effi Saharudin

OpenAI sebelum ini mengesahkan mereka sedang membangunkan sebuah peranti kecerdasan buatan (AI) yang bukannya sebuah telefon pintar. Bagi merealisasikan impian menghasilkan perkakasan sendiri, OpenAI mengambil alih syarikat io milik Jony Ive.

OpenAI
OpenAI

Dalam laporan terkini The Information, OpenAI kini dilaporkan sedang membangunkan speaker pintar tanpa skrin sebagai produk pertama. Kontrak dengan Luxshare dan Goertek telahpun ditandatangani sebelum pengeluaran dimulakan. Kedua-dua syarikat adalah pembekal kepada beberapa produk keluaran .

Selepas speaker pintar, OpenAI sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan cermin mata, perakam audio dan pin pintar. Segmen cermin mata pintar akan menjadi semakin hangat tahun depan dengan Meta kini di hadapan tetapi bakal dikejar Samsung dengan juga dipercayai berminat menawarkannya. Produk AI fizikal pertama OpenAI dijangka dilancarkan penghujung 2026 atau awal 2027.

Beberapa produk AI pertama seperti AI Pin dan Rabbit R1 kesemuanya gagal beberapa bulan selepas dilancarkan kerana isu dengan perkakasan serta perisian yang kurang memuaskan. Meta menunjukkan pasaran untuk cermin mata AI wujud lebih sedekad selepas Google Glass dihentikan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link