Malaysia Oversight

OpenAI Mengesahkan Akan Perkenal Peranti AI Pertama Pada Pertengahan Kedua 2026

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
OpenAI Kini Dinilaikan Sekitar $500 Bilion



OpenAI

OpenAI Mengesahkan Akan Perkenal Peranti AI Pertama Pada Pertengahan Kedua 2026

January 19, 2026
Kecerdasan Buatan

Aman

Pihak OpenAI kini mengesahkan yang mana syarikat mereka akan perkenalkan peranti pertama mereka pada pertengahan kedua 2026 ini. Namun, peranti jenis apakah yang akan diperkenalkan tidak dikongsikan buat masa ini.

Sebelum ini, mengikut desas-desus dan laporan awal, OpenAI sedang membangunkan beberapa variasi peranti tanpa skrin, dan dengan fokus terhadap penawaran integrasi kecerdasan buatan. Antara yang diperkatakan adalah peranti berbentuk pena yang boleh merakam audio dan mungkin boleh melihat kepada persekitaran melalui kamera padanya.

Disamping itu, OpenAI turut dikatakan sedang membangunkan variasi fon telinga nirwayar yang turut boleh berinteraksi dengan pengguna melalui arahan suara.

Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, ramai menantikan apakah langkah seterusnya OpenAI dalam terus kekal relevan dan bersaing sihat bersama penawaran alternatif seperti Gemini dan lain-lain. DI , beberapa pihak telah mula bereksperimen dengan pelbagai variasi peranti, dan antara yang aktif adalah ByteDance yang bereksperimen dengan peranti berbentuk pin boleh pakai di baju, kaca mata, dan lain-lain.

Axios



Source link