OpenAI Mengemaskini Sora Untuk Tidak Lagi Menjana Video Melanggar Harta Intelek
Effi Saharudin
Minggu lalu aplikasi Sora menjadi sangat tular keran kemampuannya menjana video yang kelihatan sangat realistik. Dalam masa beberapa jam selepas dilancarkan ia menjadi aplikasi paling banyak di muat turun di App Store sementara media sosial dibanjiri video janaannya. Masalah mula timbul apabila video memaparkan Pikachu mencuri, Sponge Bob mengambil dadah dan banyak lagi watak dengan harta intelek dijana.

Selepas hanya dua hari, Sam Altman mengumumkan model Sora kini menghalang janaan watak yang mempunyai harta intelek. Menurut beliau OpenAI menerima banyak maklum balas daripada pemegang IP dan oleh itu janaan watak bukan milik pemegang akaun kini diharamkan.
Altman turut berkata OpenAI merancang berkongsi pendapatan dengan pemegang IP yang wataknya diijana oleh pengguna. Bayaran akan dikongsi antara OpenAI dan pemegang IP tetapi struktur pembayaran masih lagi sedang diperhalusi dengan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Pengguna yang melanggar terma dan syarat Sora selepas ini boleh diharamkan terus daripada menggunakan platform. Kerana akaun Sora adalah sama dengan akaun OpenAI, ia akan menyebabkan pengguna kehilangan akses kepada Sora dan juga ChatGPT
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






