Malaysia Oversight

OpenAI Kini Membolehkan Pembangun Menerbitkan Aplikasi Di ChatGPT

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Kini Membolehkan Pembangun Menerbitkan Aplikasi Di ChatGPT



OpenAI ChatGPT

OpenAI Kini Membolehkan Pembangun Menerbitkan Aplikasi Di ChatGPT

December 19, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI sedia memperkenalkan beberapa aplikasi yang diintegrasikan terus pada ChatGPT sebelum ini, termasuk seperti Expedia, Spotify dan Canva. Kini, tidak setakat itu, OpenAI telah membuka penghantaran dan kebolehan penerbitan aplikasi di ChatGPT kepada semua pembangun seluruh dunia.

Pelbagai pembangun aplikasi kini boleh menghantar aplikasi yang dibangunkan mereka untuk diterbitkan bersama di ChatGPT. Seperti kedai aplikasi lain, ia akan melalui proses pengesahan sebelum diterbitkan dan boleh diakses lain melalui ChatGPT.

Dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara tambahan melalui ChatGPT, termasuk berinteraksi dengan produk syarikat masing-masing melaluinya.

Bagi pembangun yang berminat, boleh merujuk platform OpenAI Developer hari ini, dan mula menghantar aplikasi yang dibangunkan anda untuk diakses melalui ChatGPT.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link