OpenAI Ingin Melancarkan Pesaing TikTok Dengan Kandungan Dijana AI Sepenuhnya
Effi Saharudin
Adakah anda benci dengan susur masa media sosial yang kini dipenuhi kandungan kecerdasan buatan (AI) yang nyata palsu tetapi mendapat tontonan tinggi atau anda mahukan platform yang hanya menawarkan kandungan sampah AI tanpa henti? Jika anda menjawab ya kepada soalan kedua, OpenAI akan melancarkan platform khusus untuk anda.

Menurut laporan Wired, OpenAI ingin melancarkan pesaing kepada TikTok dengan kesemua kandungan pada platform video menegak ini dijana sepenuhnya oleh model AI Sora. Pengguna hanya perlu memasukkan prom dan video sehingga 10 saat akan dijana sebelum disuapkan kepada pengguna. Tiada pilihan untuk memuat naik video atau gambar sendiri pada platform ini.
Pengguna juga boleh mengambil swafoto untuk memasukkan diri ke dalam video. Wajah mereka kemudiannya boleh digunakan pengguna lain untuk menjadi video berbeza. Setiap kali ini dilalukan notifikasi akan diterima. OpenAI akan meletakkan halangan menjadi video melanggar harta intelek dan kandungan yang dirasakan berbahaya.
Bila platform ini akan dilancarkan belum lagi diumumkan tetapi langkah OpenAI ini mirip dengan platform Vibes oleh Meta yang juga hanya memaparkan suapan video yang dijana AI sepenuhnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






