OpenAI Dilaporkan Menggunakan Data Carian Google Untuk Menjawab Soalan Pada ChatGPT
Aman
OpenAI sedia membangunkan enjin carian mereka tersendiri melalui ChatGPT, dimana jawapan diketengahkan melalui bentuk perbualan, disamping pautan turut disediakan untuk sumber-sumber berkaitan. Walaupun dilihat sebagai pencabar, kini mengikut laporan terbaru, ia dikatakan OpenAI menggunakan data carian Google untuk mengetengahkan sejumlah jawapan kepada pengguna ChatGPT.
OpenAI dikatakan melakukan perkara ini melalui perkhidmatan SerpAPI, iaitu perkhidmatan yang menghimpunkan pelbagai penyenaraian Google dalam bentuk masa-nyata dan menawarkan kepada pihak lain. Dengan langkah ini, pihak lain boleh mengintegrasikan data carian Google dengan mudah. Disamping itu, kajian salah seorang jurutera turut memperlihatkan OpenAI menggunakan data carian Google, apabila jurutera berkenaan membangunkan laman web khusus untuk dipaparkan ke enjin carian Google sahaja, tetapi carian melalui ChatGPT turut mengeluarkan laman berkenaan.
OpenAI sebelum ini sedia bekerjasama dengan Microsoft menggunakan Bing AI, tetapi ia dilihat hasil keputusan Google lebih baik membuatkan mereka menggunakan kaedah ini.
Setakat ini, Google masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perkhidmatan SerpAPI berkenaan. Melalui laman berkenaan, ia turut menyenaraikan Perplexity dan Meta turut menggunakan perkhidmatan mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.