Malaysia Oversight

OpenAI Dijangka Menghabiskan Sehingga $115 Bilion Menjelang 2029

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Dijangka Menghabiskan Sehingga $115 Bilion Menjelang 2029



OpenAI 1

OpenAI Dijangka Menghabiskan Sehingga $115 Bilion Menjelang 2029

September 8, 2025
Lain-lain

Aman

OpenAI sehingga hari ini masih belum menjana keuntungan, dan beroperasi dalam kerugian menggunakan duit para pelabur. Ia sebelum ini disasarkan untuk mencapai keuntungan dalam masa beberapa tahun, tetapi tidak mustahil tempoh berkenaan dilanjutkan lagi.

Mengikut laporan terbaru, OpenAI disasarkan untuk membakar sehingga $115 bilion menjelang 2029 kelak. Nilai terbaru ini dilihat memperlihatkan peningkatan sehingga $80 bilion, berbanding sasaran sebelum ini. Untuk tahun 2025 ini sahaja, OpenAI disasarkan akan menggunakan sekitar $8 bilion, angka yang $1.5 bilion lebih tinggi berbanding sasaran sebelum ini.

Pelbagai kos dikaitkan dengan peningkatan nilai operasi ini, termasuk antaranya adalah melibatkan pusat data, cip dan sebagainya. Pihak OpenAI sendiri dilihat ke arah beberapa kaedah alternatif lain, termasuk membangunkan pusat data sendiri, pembangunan cip sendiri dan sebagainya.

Sebelum ini sendiri, beberapa pihak sedia mengkritik nilai operasi OpenAI yang dilihat agak tinggi berbanding yang lain. Apatah lagi sebelum ini dikejutkan dengan DeepSeek yang berjaya mencapai tahap operasi dengan penggunaan nilai pelaburan yang jauh berkali lebih rendah berbanding pesaing lain di Amerika Syarikat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link