Malaysia Oversight

OpenAI Dan AMD Umum Kerjasama Strategik – Memberi Ruang Kepada OpenAI Mendapatkan Sehingga 10% Pegangan Pada AMD

By Amanz in October 6, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Dan AMD Umum Kerjasama Strategik – Memberi Ruang Kepada OpenAI Mendapatkan Sehingga 10% Pegangan Pada AMD



AMD

OpenAI Dan AMD Umum Kerjasama Strategik – Memberi Ruang Kepada OpenAI Mendapatkan Sehingga 10% Pegangan Pada AMD

October 6, 2025
AMD
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI dan AMD hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk 5 tahun, melibatkan penggunaan infrastruktur yang akan menguasakan penawaran OpenAI. Dibawah kerjasama ini, OpenAI akan mengguna-pakai 6 gigawat GPU AMD, dengan gigawatt pertama AMD Instinct MI450 GPU dijangka digunakan seawal pertengahan kedua 2026 kelak. 

Ini juga dilihat selari dengan penggunaan tenaga perkomputeran tinggi yang diperlukan syarikat kecerdasan buatan, selari dengan perkembangan model kecerdasan buatan dan kapasiti penggunaan setiap hari yang semakin meningkat.

Dibawah kerjasama ini juga, AMD menawarkan 160 juta saham kepada OpenAI yang mencapai tempoh matang apabila mencapai setiap fasa penggunaan penawaran AMD. Ini secara tidak langsung memberikan ruangan untuk OpenAI mendapatkan pegangan sehingga 10% pada AMD.

Namun, perjanjian kerjasama penuh tidak dinyatakan, dan ia masih diikat dan bergantung kepada peningkatan nilai saham AMD. AMD sendiri dijangka menjana berpuluh bilion daripada kerjasama ini dari segi pendapatan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link