Malaysia Oversight

OpenAI : Bilangan Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Di Malaysia Meningkat 2.5 Kali Ganda Berbanding 2024

By Amanz in October 11, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI : Bilangan Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Di Malaysia Meningkat 2.5 Kali Ganda Berbanding 2024


OpenAI : Bilangan Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Di Malaysia Meningkat 2.5 Kali Ganda Berbanding 2024

October 11, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI baru-baru ini telah memperkenalkan pelan berharga rendah terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu ChatGPT Go. Pelan ini menawarkan  had akses dan model yang lebih tinggi berbanding pengguna percuma, tetapi lebih terhad berbanding pengguna ChatGPT Plus. Pelan baharu ini ditawarkan pada harga RM38.99 di Malaysia.

ChatGPT Plus Deep Research 01 1

Selari dengannya juga, pihak OpenAI mengatakan penggunaan ChatGPT meningkat pesat sejak setahun yang lepas. Berbanding tahun 2024 lepas, pengguna aktif mingguan ChatGPT di Malaysia telah meningkat lebih 2.5 kali ganda. Namun, jumlah angka pengguna tempatan tidak diumumkan. Pihak ChatGPT sekadar memaklumkan “berjuta-juta” orang di Malaysia menggunakan ChatGPT dalam pembelajaran, kreativiti dan penyelesaian masalah harian.

Sebelum ini, ChatGPT sedia menyatakan pengguna aktif mingguan mereka kini telah mencapai 800 juta orang pengguna. Malaysia sendiri turut memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan, dan ramai pengguna tempatan turut telah aktif dalam menggunakan pelbagai platform kecerdasan buatan berbeza.

Pada Belanjawan 2026 yang dibentangkan baru-baru ini, turut menekankan yang mana Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara AI menjelang 2030 kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link