Malaysia Oversight

OpenAI Bakal Perkenal Platform Cari Kerja Dikuasakan AI – Menyaingi LinkedIn

By Amanz in September 5, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Bakal Perkenal Platform Cari Kerja Dikuasakan AI – Menyaingi LinkedIn



OpenAI

OpenAI Bakal Perkenal Platform Cari Kerja Dikuasakan AI – Menyaingi LinkedIn

September 5, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI kini menyatakan bakal hadir dengan sebuah platform cari kerja yang dikuasakan kecerdasan buatan – dalam menemukan calon yang sesuai untuk pekerja dan majikan. Dinamakan sebagai OpenAI Jobs Platform, ia dijangka diperkenalkan pada pertengahan 2026 kelak.

Secara tidak langsung, platform ini juga akan bersaing dengan platform seperti LinkedIn – yang turut dimiliki Microsoft yang juga pelabur OpenAI.

Ia tidak diketahui sama ada OpenAI akan mengehadkan pencarian pekerja ini melibatkan bakat kecerdasan buatan sahaja atau lebih meluas. Untuk makluman, OpenAI sendiri sedia menawarkan akademi untuk pengguna menambah ilmu dan pengetahuan, yang turut boleh diperluaskan kepada persijilan dan seterusnya menawarkan pengguna berkenaan sebagai pekerja kepada yang lain.

Selain produk ini, OpenAI turut menyatakan ingin memperluaskan penawaran mereka meliputi beberapa arena lain, luar daripada penawaran teras mereka, ChatGPT.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link