Malaysia Oversight

Onsa: MCMC diberi tempoh hingga hujung tahun bangun 10 instrumen subsidiari

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 2 minute
Onsa: MCMC diberi tempoh hingga hujung tahun bangun 10 instrumen subsidiari


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk membangunkan 10 instrumen subsidiari yang telah dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan berkesan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2024.

Menteri Komunikasi Datuk Fadzil berkata instrumen berkenaan melibatkan aspek tatacara, pentadbiran serta mekanisme klasifikasi kemudaratan dalam talian, namun tempoh yang diberikan perlu dipendekkan.

“Saya minta sebelum hujung tahun, kalau boleh lebih awal dari itu, mungkin dalam masa beberapa bulan kerana ONSA telah mula berkuat kuasa pada Julai.

“Untuk ia (ONSA) berfungsi dengan betul… dengan baik, perlukan 10 instrumen subsidiari. Ini yang kita akan fokuskan. Paling penting kita mahukan keadaan dalam talian ini lebih selamat dan dikurangkan mudaratnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

berkata jenayah dalam talian masih berleluasa pada masa ini antaranya penggunaan teknologi ‘deepfake’ atau teknik palsu asli.

“Sebagai contoh, wajah Profesor Jomo Kwame Sundaram (ahli ekonomi) telah disalahgunakan melalui laman sosial Facebook walaupun akaun itu tiada kaitan dengan beliau,” katanya.

Beliau berkata sekiranya instrumen subsidiari seperti Kod Keselamatan Dalam Talian diwujudkan, platform media sosial tidak boleh membenarkan kandungan berbentuk penyamaran atau ‘deepfake’ disebarkan.

Terdahulu dalam ucapannya, menegur MCMC atas kelewatan berkenaan dan berharap tindakan segera diambil memandangkan rakyat mahu melihat mengenakan tindakan terhadap platform media sosial yang didapati memerangkap pengguna hingga terjebak dengan penipuan jenayah siber.

“Saya minta pasukan legal (undang-undang) MCMC (supaya) percepat proses ini sebab Menteri Undang-Undang (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said) utuskan surat kepada saya supaya ONSA dapat disegerakan,” katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebelum ini berkata 10 instrumen subsidiari telah dikenal pasti merangkumi peraturan dan kod pelaksanaan ONSA dan dijangka selesai antara suku keempat 2025 dan suku kedua 2026 bergantung kepada kerumitan dan tahap ketersediaan setiap instrumen terbabit.

– Bernama



Source link