Malaysia Oversight

OnePlus 15R Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Gen 5 dan Bateri 7400 mAH

By Amanz in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
OnePlus 15R Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Gen 5 dan Bateri 7400 mAH


OnePlus 15R Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Gen 5 dan Bateri 7400 mAH

December 18, 2025
OnePlus

Effi Saharudin

OnePlus 15R dilancarkan secara rasmi dengan ia merupakan OnePlus Ace 6T tetapi untuk pasaran global serta beberapa perubahan kecil pada spesifikasi. Ia hadir dengan skrin 6.83″ AMOLED 165Hz, resolusi 1.5K, serta sokongan Dolby Vision dan HDR10+. Untuk perlindungan, ia menggunakan kaca Oppo Crystal Shield Glass.

OnePlus 15R B

Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5, memori 12GB LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri 7400 mAh SiC dengan sokongan pengecasan 80W. Ini berbeza dengan Ace 6T yang hadir dengan 8300 mAh SiC dan pengecasan 100W.

OnePlus 15R kamera

Kamera OnePlus Ace 6T hadir dengan sistem dwi-kamera utama yang terdiri daripada sensor 50MP Sony IMX906 dengan sokongan OIS dan kamera ultra-lebar 8MP, manakala kamera swafoto pula beresolusi 32MP. Di sini OnePlus 15T mempunyai sedikit kelebihan berbanding Ace 6T yang dilengkapi kamera swafoto 16MP.

Antara ciri tambahan lain termasuk pengimbas cap jari dalam skrin, kalis air IP66/68/69/69K, pembesar suara stereo, inframerah, Bluetooth 6.0, port USB-C 2.0, Wi-Fi 7 serta sistem operasi OxygenOS 16 berasaskan Android 16. OnePlus 15R ditawarkan dalam warna Charcoal Black and Mint Breeze dengan harga seperti di bawah. Peranti telah disenaraikan di laman web OnePlus Malaysia tetapi harga tempatan belum diumumkan.

  • OnePlus 15R (12/256 GB) – INR 47,999 (~RM 2173)
  • OnePlus 15R (12/512 GB ) – INR 52,999 (~RM 2399)



Source link